GEORGE TOWN: Warga Pulau Pinang dan pelancong boleh menikmati perkhidmatan feri ulang-alik yang lebih canggih dari Pangkalan Raja Tun Uda (PRTU) di sini ke Pangkalan Sultan Abdul Halim (PSAH) di Butterworth secara percuma selama sebulan mulai 7 Ogos depan.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata ini susulan ketibaan empat feri baharu di Pulau Pinang dan pihak Penang Port Sdn Bhd akan mengambil masa empat minggu sebagai tempoh percubaan untuk menjalankan pelbagai latihan.
Beliau berkata latihan itu turut melibatkan pengemudi feri dan pada masa yang sama, Jabatan Laut akan melakukan pentauliahan terhadap keempat-empat feri.
"Perkhidmatan feri baharu ini akan mula beroperasi pada 7 Ogos dari 6 pagi hingga 8.30 malam manakala kekerapannya pada waktu kemuncak ialah setiap 30 minit dan masa yang diambil untuk perjalanan sehala ialah 10 minit.
"Apabila ia mula beroperasi pada 7 Ogos nanti, semua penumpang termasuk bukan warganegara boleh menikmati perkhidmatan feri ini secara percuma selama sebulan," katanya kepada pemberita ketika meninjau feri terbabit di sini hari ini.
Loke berkata daripada segi kapasiti, feri itu mampu memuatkan 150 penumpang pejalan kaki serta 50 penumpang bermotosikal dan berbasikal pada satu-satu masa.
Beliau berkata tiga feri akan beroperasi setiap hari manakala sebuah lagi diletakkan dalam keadaan bersiap sedia.
Katanya feri itu dibangunkan dengan konsep baharu serta dilengkapi ciri keselamatan seperti kamera litar tertutup.
Ditanya mengenai kadar tambang bagi perkhidmatan itu, Loke berkata ia akan diumumkan kemudian selepas mengadakan perbincangan serta mencapai kata sepakat dengan Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang.
Bagaimanapun, beliau memberi jaminan kadar tambang yang akan ditetapkan kelak adalah berpatutan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 08 2023

Anthony Loke (kanan) bersama Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow menaiki feri baharu Teluk Bahang dari pengkalan Swettenham Pier hari ini. - Bernama

Pembaharuan perlu dibuat biarpun semakan subsidi mungkin cetus inflasi - SERC
Inflasi dijangka meningkat pada paras 2.8-3.5 peratus pada 2024 daripada anggaran 2.5 peratus tahun ini.

Peranan Teraju distrukturkan semula - Rafizi
Teraju adalah antara agensi di bawah Kementerian Ekonomi yang diberikan mandat untuk membangunkan ekosistem perniagaan dan ekonomi Bumiputera.

Kikis persepsi negatif, beri peluang bekas banduan kembali pada masyarakat
Persepsi bahawa bekas banduan sebagai penjenayah untuk selama-lamanya dan tidak boleh kembali ke pangkuan masyarakat perlu dikikis.

Menteri, timbalan menteri mesti kerap turun padang ke Labuan, pantau isu rakyat, ekonomi
Menteri atau timbalan menteri berkaitan pembangunan sosioekonomi di Labuan diarahkan untuk membuat lawatan kerja ke Wilayah Persekutuan ini setiap minggu atau selang seminggu.

KPDN dalam usaha bawa produk tempatan ke luar negara
Inisiatif berkenaan merupakan kerjasama antara KPDN dengan Pasar Raya Lulu Malaysia sejak ia beroperasi pada 2016.

Malaysia-Indonesia teruskan kerjasama pertingkat kredibiliti minyak sawit - KPK
Solidariti industri yang direncanakan bersama Malaysia-Indonesia bagi meningkatkan kredibiliti minyak sawit di mata dunia akan diteruskan.

KPWKM komited perkasa pendidikan kesihatan reproduktif, gejala sosial
KPWKM terus komited dalam melipatgandakan usaha memperkasakan pendidikan kesihatan reproduktif dan gejala sosial dalam kalangan remaja.

Utamakan tingkat kemahiran, latihan semula untuk pupuk tenaga kerja mampan - Sivakumar
Majikan digesa mengutamakan usaha peningkatan kemahiran dan melatih semula kemahiran sumber manusia, bagi memupuk tenaga kerja yang dinamik, mampan dan berdaya tahan.

Kualiti aset industri perbankan kekal mantap - RAM Ratings
Kualiti aset industri perbankan Malaysia kekal berdaya tahan, dengan nisbah GIL 1.72 peratus dalam sistem pada akhir September 2023.

Rakyat setuju bayaran balik PTPTN adalah tanggungjawab yang perlu dipenuhi
Maklum balas itu diperoleh daripada penganjuran Hari Terbuka Pendidikan Tinggi yang berlangsung pada 23 Okt lepas.

Lebih banyak operator feri, lebih baik - Sanusi
Ia bukan sahaja akan menguntungkan pengguna malah saingan sihat dalam perkhidmatan dapat meningkatkan tahap syarikat pengendali feri sedia ada.

Kesesakan Tambak Johor: Kerajaan kaji cadangan feri JB-Singapura
Isu kesesakan itu sememangnya dalam perhatian kerajaan malah Jawatankuasa Khas Kabinet juga ditubuhkan bagi membincangkan masalah tersebut.

Feri baharu Pulau Pinang mula operasi secara rasmi hari ini
Feri baharu Pulau Pinang beroperasi secara rasmi pada Isnin dengan memulakan trip pertamanya dari Pangkalan Sultan Abdul Halim.

Perkhidmatan feri Pulau Pinang percuma selama sebulan mulai 7 Ogos
Ini susulan ketibaan empat feri baharu di Pulau Pinang dan pihak Penang Port Sdn Bhd akan mengambil masa untuk tempoh percubaan.

Perkhidmatan RORO dari Kuala Kedah-Langkawi dapat sambutan baik
Tambahan perkhidmatan enam RORO lagi berserta tambahan jadual perjalanan sedang dirancang bagi menampung keperluan orang ramai.

Lelaki FIlipina terjun feri semasa penghantaran pulang ditemukan lemas
Seorang lelaki Filipina yang dipercayai terjun ke laut dari sebuah feri di sini ketika proses penghantaran warga Filipina pulang ke negara asal pada petang Rabu lepas, ditemukan lemas hari ini.

Kerajaan Persekutuan pertimbang kembalikan feri ikonik P. Pinang
Perkhidmatan feri berkenaan telah digantikan dengan bot laju bermula 1 Januari 2021.

Perkhidmatan feri Langkawi-Kuala Perlis-Langkawi pada 1 & 2 Mac dihentikan
Kapten Baharin berkata, keadaan paras air itu mungkin akan menyebabkan tidak selamat untuk dimasuki oleh feri.

Disangka berada atas jambatan, rupa-rupanya dalam feri
Dalam rakaman itu, Montague juga menunjukkan deretan kereta di sekelilingnya dalam keadaan feri sedang bergerak.

Feri ikonik: Guan Eng harap SPPP siap sedia laksanakan keputusan kerajaan
Guan Eng telah berbincang dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebanyak dua kali berhubung feri ikonik yang ditamatkan perkhidmatan pada 2020.