Skip to main content

Malaysia

Perkhidmatan Funikular Bukit Bendera ditutup 8 hingga 14 Jun - PBBPP

61695722319_bukitbendera.jpg
Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang (PBBPP) memaklumkan penyelenggaraan berjadual itu termasuk menukar bogi dan gegelung penyaman udara koc. - Gambar fail

GEORGE TOWN: Perkhidmatan Funikular Bukit Bendera akan ditutup untuk penyelenggaraan berjadual tahunan kali kedua bagi 2026 bermula 8 hingga 14 Jun ini dan akan beroperasi semula pada 15 Jun.

Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang (PBBPP) dalam kenyataan hari ini memaklumkan penyelenggaraan berjadual itu termasuk menukar bogi dan gegelung penyaman udara koc.

Advertisement

“PBBPP menjalankan dua penyelenggaraan berjadual utama setiap tahun di bawah pengawasan jurutera pengeluar funikular, Garaventa AG dari Switzerland bagi memastikan sistem funikular berada dalam keadaan terbaik dan menjalani pemeriksaan keselamatan yang ketat. 

“Kami juga menjalankan pemeriksaan dan penyelenggaraan sistem funikular secara harian, mingguan dan bulanan serta pemeriksaan turut dijalankan selepas waktu operasi,” menurut kenyataan itu.

Menurut PBBPP, dalam tempoh tersebut pengunjung boleh memilih untuk menggunakan perkhidmatan jip yang dikendalikan oleh Persatuan Pemandu Perkhidmatan Jeep Bukit Bendera yang terletak bersebelahan Jabatan Taman Botani Pulau Pinang atau menggunakan laluan mendaki untuk sampai ke puncak Bukit Bendera.

Sebelum ini, perkhidmatan Funikular Bukit Bendera ditutup untuk penyelenggaraan berjadual dari 12 hingga 18 Jan lepas.

-- BERNAMA

Must Watch Video