awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keputusan kes 1MDB Najib esok
SIGGRAPH Asia 2026: Kuala Lumpur lakar sejarah, angkat falsafah 'Human-Centered' dan tema 'Weaving the Future'
JAWI diarah siasat isu lelaki berpakaian menyerupai wanita
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perkhidmatan MRT Laluan Putrajaya pulih selepas alami gangguan

Bernama
Bernama
31/05/2024
21:40 MYT
Perkhidmatan MRT Laluan Putrajaya pulih selepas alami gangguan
Rapid Rail bekerjasama dengan MRT Corp serta pihak kontraktor dan pembekal sistem MRT Laluan Putrajaya untuk menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti punca sebenar gangguan. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Perkhidmatan tren MRT Laluan Putrajaya yang mengalami gangguan akibat masalah sistem komunikasi telah pulih pada 9.48 malam tadi.
Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) dalam kenyataan malam tadi memaklumkan perkhidmatan MRT Laluan Putrajaya mengalami kelewatan jadual perkhidmatan bermula 7.22 malam tadi akibat gangguan sistem persemboyanan.
"Kerja-kerja rektifikasi terperinci akan dijalankan oleh pasukan teknikal selepas tamat waktu operasi pada malam ini.
"Pihak Rapid Rail sebagai pihak operator memandang serius akan gangguan ini yang telah menjejaskan pengguna perkhidmatan laluan MRT terbaharu dalam rangkaian relnya," menurut kenyataan itu.
Sehubungan itu Rapid Rail bekerjasama dengan pihak MRT Corp selaku pemilik aset serta pihak kontraktor dan pembekal sistem berkenaan untuk menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti punca sebenar gangguan tersebut.
Rapid Rail turut memaklumkan perkhidmatan bas perantara percuma dari Stesen Chan Sow Lin hingga ke Stesen Putrajaya Sentral disediakan sebagai pilihan alternatif penumpang untuk meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing.
"Anggota Polis Bantuan dan petugas stesen telah ditempatkan di platform dan kawasan ruang legar stesen bagi membantu pergerakan semua penumpang," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MRT Laluan Putrajaya
#masalah sistem komunikasi
#rapid rail
#kelewatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan