awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perkhidmatan pesawat Hawk akan diteruskan - Hishammuddin

Raja Hisyam Raja Zaid
Raja Hisyam Raja Zaid
16/06/2017
06:29 MYT
Perkhidmatan pesawat Hawk akan diteruskan  - Hishammuddin
HISHAMMUDDIN: Kita perlu tunggu laporan siasatan ke atas pesawat itu secara terperinci.
Kementerian Pertahanan setakat ini tidak berhasrat menamatkan perkhidmatan pesawat Hawk 108.
Menterinya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kementerian tidak boleh menghentikan perhidmatannya hanya kerana tragedi yang berlaku pada Khamis memandangkan siasatan terperinci ke atas insiden tersebut masih berjalan.
"Kita perlu tunggu laporan siasatan ke atas pesawat itu secara terperinci dan ia sedang dilakukan. Buat masa ini, perkhidmatan pesawat tersebut akan terus digunakan dalam TUDM. Jenis pesawat Hawk masih lagi digunakan oleh kebanyakan negara lain.
"Kita tidak boleh hanya kerana satu kes, kita (mengambil keputusan) menghentikannya. Saya difahamkan, pesawat yang digunakan semalam baru sahaja menjalani penyelenggaraan dan telah melakukan dua penerbangan," ujar beliau.
Tambah Hishammuddin, apa yang penting ketika ini adalah untuk menjaga kebajikan keluarga kedua-dua juruterbang tersebut dan nasib mereka terbela.
Hishammuddin ditemui pada majlis penyampaian sumbangan Hari Raya Aidilfitri 2017 kepada angkatan tentera yang turut dihadiri oleh Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI), Datin Seri Rosmah Mansor.
Topic Berkaitan
#Hawk
#Hishammuddin Hussein
#Nahas
#perkhidmatan
#pesawat
#TUDM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan