awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
Semua tiket bas ekspres di TBS wajib ada kod QR, tidak perlu lagi tukar, cetak
Iran sedia untuk diplomasi, namun ada prinsip sendiri - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Polis buka kertas siasatan dakwaan Tajuddin tidak pakai pelitup muka

Astro Awani
Astro Awani
26/05/2021
03:20 MYT
COVID-19: Polis buka kertas siasatan dakwaan Tajuddin tidak pakai pelitup muka
Polis sahkan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman disiasat kerana didapati tidak mengenakan pelitup muka semasa mengadakan sidang media pada Selasa.
KUALA LUMPUR: Polis sahkan Pengerusi Prasarana Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman disiasat kerana didapati tidak mengenakan pelitup muka semasa mengadakan satu sidang media pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi Mohamad Zainal Abdullah berkata perbuatan itu dikesan berlaku dalam sidang media selepas beliau melawat lokasi pelanggaran tren Rapid KL.
Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 21a Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
Dalam satu kenyataan, beliau berkata kesemua yang terlibat semasa sidang media itu diadakan turut akan dipanggil dalam waktu terdekat.
Beliau pada masa sama menasihatkan orang ramai agar terus mematuhi SOP yang ditetapkan termasuk pemakaian pelitup muka.
Majlis Keselamatan Negara (MKN) mewajibkan pelitup muka sentiasa dipakai di tempat awam.
Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Sabtu lalu menegaskan semua individu perlu memakai pelitup muka walaupun memakai perisai muka atau niqab.
SOP | Polis buka kertas siasatan ke atas Tajuddin
Topic Berkaitan
#Tajuddin Abdul Rahman
#pelitup muka
#prasarana
#LRT
#SOP
#penyakit berjangkit
#COVID-19
#pelanggaran tren LRT
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan