awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perkukuh hubungan bilateral melalui kerjasama penyelidikan dan pendidikan - PM

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
18/11/2024
01:20 MYT
Perkukuh hubungan bilateral melalui kerjasama penyelidikan dan pendidikan - PM
Perdana Menteri Anwar (lima dari kanan) menghadiri sambutan penerokaan minyak daripada kapal terapung, pengeluaran, penyimpanan dan pemunggahan (FPSO) Yinson Holdings Bhd Malaysia, di Rio De Janeiro, Brazil, pada Ahad. - Gambar PMO
RIO DE JANEIRO: Kebergantungan sepenuhnya kepada negara atau universiti terkemuka tertentu untuk melahirkan modal insan yang berkemahiran tinggi dilihat semakin tidak relevan.
Itu yang dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berpendapat, perkara itu semakin lapuk dalam lanskap global yang dinamik masa kini.
Perkara berkenaan antara topik yang dibincangkan dalam pertemuan dengan Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva pada Ahad.
“Kami turut bersetuju untuk menjalin kerjasama dalam bidang penyelidikan dan pembangunan dari segi pendidikan.
“Hal ini kerana pemikiran lapuk yang menganggap terlalu bergantung kepada negara dan universiti tertentu, saya rasa, bukan lagi relevan, terutama sekali dengan kehendak dan perkembangan semasa," katanya ketika menghadiri sambutan penerokaan minyak daripada kapal terapung, pengeluaran, penyimpanan dan pemunggahan (FPSO) Yinson Holdings Bhd Malaysia, di sini, pada Ahad.
Justeru, Anwar berkata, kementerian berkaitan termasuk pendidikan tinggi, kini perlu melihat kemungkinan untuk menjalin kerjasama antara universiti serta dalam bidang penyelidikan dan pembangunan.
“Ini bermaksud kita akan ada banyak lagi hubungan, komunikasi dan kerjasama,” kata Anwar yang berada di sini seiring lawatan rasmi dan menghadiri Sidang Kemuncak G20.
Perdana Menteri turut berpandangan, usaha ke arah memupuk Negara Selatan, berpusat dan berkecuali juga harus merangkumi pendidikan.
Pada majlis sama, beliau turut mengundang komuniti perniagaan untuk melabur di Malaysia.
Topic Berkaitan
#Malaysia-Brazil
#hubungan bilateral
#PM Anwar Ibrahim
#Luiz Inacio Lula da Silva
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan