"Di belakang rumah saya dahulu, ada sebatang pokok yang besar. Ramai orang suka duduk, berkelah di bawah pokok itu.
"Satu hari, pokok itu tumbang. Bayangkan, pokok yang besar dan nampak kukuh itu boleh tumbang. Rupa-rupanya, ada lubang besar di bahagian tengah pokok itu, tetapi kita tak nampak."
Itu analogi yang diberikan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, tentang situasi kekalahan UMNO dan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum 14, Mei lalu.
Beliau yang mesra disapa Tok Mat itu bagaimanapun yakin UMNO mampu bangkit, dengan syarat kepimpinan dan anggota parti itu bersedia melakukan perubahan dan memperbaiki kesilapan.
Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu berkata, kekalahan UMNO dan Barisan Nasional kepada Pakatan Harapan bukan kerana kekuatan pihak luar, sebaliknya kerana masalah dalaman parti itu sendiri.
Dalam masa yang sama, beliau mengharapkan kerjasama semua pihak dalam UMNO untuk memastikan setiap kesilapan dan kekurangan parti itu dapat diperbetulkan, serta tidak hanya meletakkan kesalahan di bahu satu pihak sahaja.
"Kejatuhan UMNO bukan kerana satu pihak sahaja, tetapi yang lebih penting, struktur UMNO itu perlu diperbaiki dari bawah. Kita ada 3.5 juta ahli, tapi tak kuat.
"Masalah dalaman UMNO sendiri banyak, bukan di peringkat pusat malah di peringkat cawangan juga.
"Pokok kuat bukan sebab daunnya, tetapi akarnya. Begitu juga UMNO, perlu diperkukuhkan dari peringkat akar umbi," katanya dalam sesi forum Wacana Sinar Harian kali-64 yang berjudul ‘Mampukah BN Bangkit Semula?’di Shah Alam, hari ini.
Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Lumut, Datuk Seri Zambry Abd Kadir, menafikan Umno tidak mengambil iktibar dan tidak mengendahkan signal yang diberikan rakyat dalam beberapa pilihanraya terdahulu.
"Nak kata kami tak ambil iktibar, rasanya tak betul juga. Tapi mungkin ada tertinggal atau terlepas pandang.
"Untuk terus bergerak ke hadapan, kita perlu terima kekalahan, minta maaf dan perbetulkan kesilapan," ujarnya.
Sesi forum itu turut disertai Ketua Pemuda Umno, Ketua Pemuda UMNO Datuk Asyraf Wajdi Dusuki.
Madiha Abdullah
Tue Jul 10 2018
Kekalahan UMNO dan Barisan Nasional kepada Pakatan Harapan bukan kerana kekuatan pihak luar, sebaliknya kerana masalah dalaman. - Tok Mat
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
Boleh peraga kemewahan di media sosial tapi hutang wajib bayar - Asyraf Wajdi
Pengerusi MARA, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan mana-mana pihak yang berhutang wajib membayar pinjaman tersebut.
Mara sasarkan jualan usahawan RM100 juta di MIHAS Dubai
Mara menyasarkan untuk meraih potensi jualan mencecah RM100 juta melalui penyertaan 17 usahawan Program Gate to Global (GTG) di Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) Dubai.
'You touch you go!' - Asyraf Wajdi ingatkan jangan sorok kes buli di MRSM, IPMa
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah mengarahkan agar tindakan tegas diambil ke atas pengetua terbabit, jika terdapat kes buli yang 'disorokkan'.
Ramli Mohd Nor jadi Orang Asli pertama angkat sumpah ahli MKT UMNO
Jelas beliau, Ramli menjadi Orang Asli pertama yang dilantik sebagai ahli MKT UMNO.
Jangan angkuh, bongkak dengan kemenangan di DUN Mahkota - MKT UMNO
MKT juga berpandangan kemenangan di DUN Mahkota memberikan isyarat jelas bahawa rakyat menerima baik model kerjasama Kerajaan Perpaduan.
'MRSM Terendak paling daif, uzur' - Asyraf Wajdi lulus peruntukan RM400,000 untuk baik pulih
MRSM Terendak yang mempunyai 663 pelajar itu adalah yang paling teruk pernah dilawatinya, sehingga terdapat najis tikus di dapur masak Dewan Selera sekolah berkenaan.
Lagi kes pelajar keracunan makanan, Asyraf Wajdi terjah MRSM Terendak
Kes keracunan makanan di MRSM Terendak melibatkan 48 orang pelajar, dengan enam daripadanya terpaksa masuk ke wad kecemasan.
Pengerusi MARA terjah dewan makan MRSM Mersing
Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki melakukan terjahan bagi memeriksa keadaan di dewan makan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Mersing, Johor.
'Ini ikan tenggiri?'- Asyraf Wajdi terjah dewan makan MRSM
Menu makan malam yang ditetapkan dalam piawaian Majlis Amanah Rakyat (Mara) didakwa tidak diikuti oleh pengusaha dewan selera Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Taiping, Perak.
Keracunan makanan: Dewan makan MRSM Taiping sudah diarah tutup - Exco Perak
Jabatan Kesihatan Perak telah mengarahkan dewan makan MRSM Taiping ditutup susulan kejadian keracunan makanan yang melibatkan pelajar maktab berkenaan pada 30 dan 31 Ogos lalu.