awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan

Bernama
Bernama
11/12/2024
20:00 MYT
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Siasatan mendapati pekerja pusat panggilan itu mencuri wang dengan berselindung di sebalik aktiviti pelaburan. - Foto hiasan
MOSCOW: Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow, menurut Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan Rusia (FSB) pada Rabu, lapor Sputnik/RIA
"Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan Rusia, bersama Kementerian Dalam Negeri Rusia telah menghentikan aktiviti haram kumpulan jenayah terancang yang mengendalikan tiga pusat panggilan di Moscow, yang merupakan sebahagian daripada rangkaian penipuan antarabangsa yang dikawal oleh Ketua Pegawai Eksekutif Sistema-Khimprom-Techno, Egor Burkin, yang berada dalam senarai orang dikehendaki," menurut FSB dalam satu kenyataan.
Siasatan mendapati pekerja pusat panggilan itu mencuri wang dengan berselindung di sebalik aktiviti pelaburan.
Ribuan orang dari lebih 20 negara, termasuk United Kingdom, Jerman, Sepanyol, Turkiye, Serbia dan Korea Selatan mengalami kerugian.
Menurut FSB, pihak berkuasa penguatkuasaan undang-undang telah menahan ketua dan beberapa pekerja pusat panggilan, menggeledah kediaman serta pejabat mereka serta merampas komputer serta peralatan lain.
Kumpulan jenayah terancang Khimprom yang diasaskan oleh Burkin itu ditubuhkan pada 2014 dan mempunyai kira-kira 1,000 ahli.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penipu
#Rusia
#Pusat Panggilan
#pelaburan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan