awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
HPUSM tawar pembelajaran teknologi robotik bagi pembedahan lutut
RPN 2026-2035 'reset' pendidikan negara, perkukuh laluan TVET
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perletakan jawatan Waythamoorthy mendukacitakan - Najib

Haider Yutim
Haider Yutim
14/02/2014
10:35 MYT
Perletakan jawatan Waythamoorthy mendukacitakan - Najib
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyifatkan perletakkan jawatan P. Waythamoorthy sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, mendukacitakan.
Najib bagaimanapun berkata beliau menghormati keputusan pemimpin Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (HINDRAF) itu dan mengharapkan yang terbaik untuk usaha beliau di masa hadapan.
"P.Waythamoorthy mungkin mempunyai pendekatan yang berbeza, namun beliau sepatutnya berjumpa dan berunding dengan saya terlebih dahulu sebelum mengumumkan perletakan jawatannya," kata Perdana Menteri dalam kenyataan pada Jumaat.
Katanya, Waythamoorthy seharusnya seharusnya menyesuaikan diri di dalam sistem pentadbiran kerajaan serta menjalin kerjasama bagi mendapatkan konsensus untuk melaksanakan program kerajaan.
Najib juga memaklumkan akan terus melaksanakan program pembangunan sosioekonomi kepada kaum India sebagaimana yang di lakukan kerajaan untuk kaum-kaum lain di Malaysia.
Katanya program-program tersebut adalah selaras dengan pendekatan beliau membentuk kerajaan yang mudah didekati dan sentiasa memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan.
Waythamoorthy, yang juga pengerusi HINDRAF pada Isnin telah meletakkan jawatan kabinetnya di Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Setiausaha HINDRAF, P Ramesh memaklumkan bahawa surat peletakan jawatan itu diserahkan sendiri kepada Perdana Menteri Najib Razak sekitar jam 5.00 petang.
Katanya dalam surat peletakan jawatan itu, Waythamoorthy telah menjelaskan sebab-sebab kenapa beliau mahu melepaskan jawatannya dalam pentadbiran sekarang.
Perkata tersebut telah dinyatakan oleh Waythamoorthy Sabtu lalu, di mana telah berhasrat akan meletak semua jawatan dalam kerajaan, termasuk Senator.
Menurut Ramesh, Waythamoorty memutuskan untuk meletak jawatan kerana mendakwa kerajaan Barisan Nasional (BN) gagal mengotakan janji, biarpun menang Pilihan Raya Umum ke-13 tahun lalu.
Topic Berkaitan
#hindraf
#kabinet
#Najib Razak
#P. Waythamoorthy
#Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan