awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes kartel tipuan bida: Enam perusahaan berdepan penalti kewangan - MyCC
Ayam Belanda halal dari Rusia selamat, berkualiti - Mohamad
Banci: Guna tenaga sektor pertanian cecah 1.7 juta, jana pendapatan RM186.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perlis laksana solat jenazah ghaib ke atas Yusof al-Qaradawi

Bernama
Bernama
27/09/2022
04:30 MYT
Perlis laksana solat jenazah ghaib ke atas Yusof al-Qaradawi
Sheikh Yusuf al-Qaradawi meninggal dunia di Qatar pada Isnin, lapor Agensi Anadolu memetik akaun Twitter rasminya.
ARAU: Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail melimpahkan kurnia dan perkenan agar dilaksanakan solat jenazah ghaib ke atas Ulama tersohor Sheikh Yusuf al-Qaradawi di seluruh masjid di negeri ini selepas solat Zohor, esok.
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah memandangkan solat jenazah ke atas Rahimullah dimaklumkan akan dilaksanakan pada waktu asar di Qatar pada hari ini, maka pelaksanaan solat jenazah ghaib di seluruh negeri Perlis diselaraskan sejurus selepas solat Zohor esok.
"Sehubungan itu, adalah digalakkan kepada seluruh umat Islam dalam negeri Perlis untuk menyertai solat berkenaan sepertimana yang telah diperkenankan berdasarkan sunnah Baginda Rasullullah S.A.W," titah baginda menerusi kenyataan majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).
Baginda yang juga Yang Dipertua MAIPs bertitah, Tuanku Syed Sirajuddin dijadualkan berangkat menunaikan solat Zohor dan solat jenazah ghaib di Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail, Kangar.
Sheikh Yusuf al-Qaradawi, 97, meninggal dunia di Qatar pada Isnin, lapor Agensi Anadolu memetik akaun Twitter rasminya semalam.
BACA: Ulama tersohor dunia Yusuf al-Qaradawi meninggal dunia
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#solat jenazah ghaib
#Sheikh Yusuf al-Qaradawi
#Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail
#Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan