KOTA TINGGI: Penduduk Felda Lok Heng di sini bimbang pencemaran di Sungai Lok Heng-Waha dekat ini sejak dua minggu lalu yang didakwa berpunca daripada aktiviti perlombongan pasir di kawasan berdekatan.
Seorang penduduk, Mohd Shahrudin Isa, 40, berkata, tindakan segera perlu diambil termasuk mengambil sampel air sungai itu bagi mengetahui tahap pencemarannya.
"Kami risau keadaan bertambah teruk apabila air sungai itu mengalir masuk dan menjejaskan loji rawatan air Gugusan Lok Heng yang menjadi punca air utama penduduk kawasan berkenaan.
"Pencemaran ini disedari selepas warna air Sungai Lok Heng-Waha yang mengalirkan air ke loji rawatan berubah menjadi keruh.
"Ini amat membimbangkan kerana sungai itu satu-satunya sumber air yang digunakan penduduk untuk memasak serta melakukan aktiviti harian," katanya ketika ditemui di sini pada Khamis.
Seorang lagi penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Pak Mus, 55, berkata, penduduk bimbang sekiranya kandungan air tersebut akan menjejaskan kesihatan mereka.
"Sudahlah kita sedang berdepan COVID-19, tidak mahu sakit lain pula datang selepas ini," katanya lagi.
Sementara itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor Lama, Rosleli Jahari berkata, pihaknya sudah membawa perkara itu kepada pihak berkaitan untuk tindakan lanjut.
Beliau dimaklumkan, keadaan itu berpunca daripada satu empangan di lombong pasir berkenaan telah pecah namun pembaikan telah dilakukan.
Katanya, pihak pentadbir tanah daerah sudah mengeluarkan notis penutupan sementara aktiviti perlombongan pasir sehingga selesai siasatan.
Bagaimanapun beliau amat kecewa kerana keadaan masih sama pada hari ini kerana air sungai berkenaan masih dalam keadaan keruh.
"Selaku wakil rakyat saya akan meminta pihak kerajaan Johor walaupun selepas pembaikan dilakukan, projek ini mestilah ditutup sehingga projek bekalan air bersih di Gugusan Lok Heng dan Waha diatasi dan diselesaikan.
"Kita harap pengekalan tanah berstatus Akta Penempatan Berkelompok (GSA) yang diadakan kerajaan Persekutuan janganlah dicabuli dengan menukar kepada selain daripada penanaman getah, kelapa sawit, berlandaskan pertanian dan bukannya perlombongan dan pembangunan," katanya.
Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Sep 23 2021
Rosleli menunjukkan keadaan air sungai Lok Heng-Waha, Kota Tinggi, pada Khamis menjadi keruh dan mengalir ke loji rawatan air Gugusan Lok Heng yang menjadi punca utama air penduduk setempat. -Foto Sinar Harian
Mesyuarat Khas WEF: Seruan adaptasi teknologi untuk PKS harus guna bahasa mudah
Syarikat besar mempunyai kelebihan kepakaran dan sumber yang boleh digunakan untuk membantu PKS turut sama menyertai adaptasi teknologi.
Anwar bertemu PM Pakistan dan Menteri Luar Turkiye
Kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan Putrajaya-Islamabad dan melonjakkan lagi perdagangan dua hala.
Patuhi standard pelancongan ASEAN, tarik lebih ramai pelancong - Tiong
Tiong berkata ada kecenderungan pelancong asing tidak menggunakan perkhidmatan ejen pelancongan berdaftar disebabkan kualiti yang lemah.
Nur Shazrin mungkin 'lupakan' Paris 2024
Beliau mungkin tidak akan bersama kontinjen negara sekiranya tiada 'lampu hijau' berikutan tiga jarinya tidak dapat digunakan dengan baik.
Asia Pasifik kini dalam era 'gemilang' transformasi digital - Huawei
Sabrina Meng berkata, rantau Asia Pasifik turut menjadi ikutan pihak lain yang giat berusaha meningkatkan ekonomi digital mereka.
KPWKM ambil tindakan kepada lebih 500 taska tidak berdaftar
Antara tindakan diambil ialah sita, denda dan kompaun, serta pemberian notis peringatan kepada operator taska.
Segmen penerbangan Capital A catat 90 peratus faktor muatan, 15.4 juta penumpang pada suku pertama 2024
Prestasi kukuh itu adalah selari dengan fokus strategik AirAsia untuk mengembangkan kapasiti dan membina semula rangkaiannya.
Pegawai, anggota bomba di lima negeri ada masalah kesihatan
Ujian Kemahiran Taktikal Kebombaan diduduki seramai 12,608 anggota dan pegawai dan hanya 9,313 sahaja yang lulus.
Kerajaan komited lahirkan lebih ramai teknousahawan
Anugerah Teknousahawan TVET@KKDW diperkenalkan bagi memberi pengiktirafan serta penghargaan kepada institusi, pengajar, pelajar, graduan dan alumni yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang keusahawanan TVET.
Kedah bakal bangunkan LRT di Langkawi
Kedah merancang membina sistem tren Transit Aliran Ringan (LRT) menggunakan teknologi levitasi magnet di Langkawi
Perlombongan pasir didakwa punca pencemaran sungai
Tindakan segera perlu diambil termasuk mengambil sampel air sungai itu bagi mengetahui tahap pencemarannya.