awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
AS bina rizab strategik pertama mineral kritikal - Trump
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perlu akta tersendiri, henti jadikan anak seni ibarat 'anak tiri' - Zed Zaidi

Hilmi Malik
Hilmi Malik
30/12/2022
13:55 MYT
Perlu akta tersendiri, henti jadikan anak seni ibarat 'anak tiri' - Zed Zaidi
Akta itu juga perlu meliputi soal royalti anak seni yang boleh dijadikan alternatif sebagai wang pencen penggiat industri. - Gambar fail
KUALA LUMPUR : Industri seni tanah air memerlukan akta tersendiri bagi memelihara kebajikan penggiat seni meskipun perkara itu sudah lama diperjuangkan.
Menurut Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi, industri hiburan juga telah menjadi sebahagian daripada penyumbang ekonomi negara, namun artis tempatan masih diibarat sebagai ‘anak tiri’.
“Kita dipanggil industri tetapi dari segi jaminan itu tidak wujud jadi kita berharap agar Menteri yang baharu yang juga mempunyai denyut nadi sebagai anak seni faham dengan situasi ini.
“Mengapa Akta Lompat Parti boleh diluluskan dalam beberapa bulan sahaja sedangkan kita (industri seni) yang menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tetapi masih belum mempunyai akta … kita dilihat sebagai ‘anak tiri’ walaupun industri masih secara berterusan menyumbang kepada ekonomi,” kata Zed.
Beliau berkata demikian dalam program Pantau Kerajaan Baharu terbitan Astro AWANI pada Jumaat.
Tambahnya lagi, isu itu telah dibahaskan selama puluhan tahun, namun sehingga kini masih belum ada sebarang perkembangan positif.
Selain itu, usaha tersebut meliputi soal pembayaran royalti yang juga satu alternatif untuk dijadikan wang pencen buat penggiat industri.
Bercakap mengenai cabaran pada masa akan datang, Zed menyatakan, industri hiburan sememangnya masih dahagakan peluang pekerjaan serta dasar-dasar yang bersifat malar segar, khususnya selepas negara terjejas akibat pandemik COVID-19.
Bagaimanapun, penilaian terhadap industri masih lagi di tampuk lama menyebabkan pengeluaran produk yang berkualiti juga sukar dan tidak dapat dikecapi.
“Kadang-kadang, bila kita buat penggambaran di lokasi tertentu, ada yang kenakan bayaran lebih mahal sedangkan pihak produksi masih membayar jumlah yang rendah.
“Jadi, bagaimana kita hendak dapatkan kualiti yang baik dengan harga yang lebih berpatutan sedangkan masalah pengeluaran drama dari segi harga masih di takuk lama,” soalnya.
Apa yang disuarakan itu merupakan permasalahan asas namun, jika ia masih gagal untuk diselesaikan maka perkembangan industri seni akan terbantut, ujarnya.
Topic Berkaitan
#Zed Zaidi
#akta tersendiri
#Keluaran Dalam Negara Kasar
#industri seni Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan