Satu garis panduan perlu diwujudkan bagi membezakan antara penganut Syiah dan mereka yang mempromosikan fahaman itu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof.
Beliau berkata walaupun ajaran Syiah difatwakan sebagai haram, tetapi garis panduan itu perlu bagi membezakan hukuman atau tindakan terhadap mereka yang hanya menganut dan mereka yang menganut serta mempromosikan ajaran itu kepada orang lain.
"Ada dua perkara tentang isu Syiah. Yang pertama ialah semua amalan Syiah dianggap sesat dan yang kedua, fatwa mengatakan amalan Islam di Malaysia adalah mengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah. Jika mengamalkan selain Ahli Sunnah itu boleh dianggap bercanggah dengan fatwa ini.
"Cuma kita kena jelas di situ. Adakah kerana hanya menjadi Syiah kita boleh mengambil tindakan atau dia menjadi Syiah dan dia mempromosikan Syiah ... itu dua perkara yang berbeza," katanya kepada media selepas menghadiri Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Mufti Pulau Pinang Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor yang berkata fatwa yang menetapkan Syiah sebagai ajaran menyimpang daripada Islam boleh disemak semula berdasarkan beberapa hujah selepas mengambil kira dengan fahaman Ahli Sunnah.
Mujahid berkata garis panduan itu perlu ditentukan bagi menjunjung kebebasan beragama seperti termaktub dalam Perlembagaan.
Beliau juga berkata kuasa untuk menyemak semula fatwa yang menetapkan Syiah sebagai ajaran menyimpang terletak di bawah bidang kuasa Jawatankuasa Fatwa Negeri.
Menurutnya, Perkara 11 Perlembangaan Persekutuan menyatakan kebebasan beragama di negara ini namun ia tertakluk kepada Perkara 11(4) untuk mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang menganuti agama Islam.
--BERNAMA
Bernama
Tue Nov 20 2018
Mujahid berkata garis panduan itu perlu ditentukan bagi menjunjung kebebasan beragama seperti termaktub dalam Perlembagaan. - Mujahid berkata garis panduan itu perlu ditentukan bagi menjunjung kebebasan beragama. - Bernama
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Lelaki parah kereta terbabas langgar pokok
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan muka.
Prestasi mingguan FBM KLCI dan unjuran minggu depan
#NiagaAWANI bersama Ketua Strategi MIDF Research, Syed Muhammad Kifni Syed Kamaruddin bagi membincangkan mengenai prestasi mingguan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI).
Kad Laporan MITI: Mudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & pacu industri
Pengarah Institut Kajian Malaysia & Antarabangsa, UKM, Prof Dr Sufian Jusoh mengulas berkenaan kad laporan MITI yang memberi fokus kepada memudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & memacu industri.
Harta intelek: Ada kesedaran tapi masih ada yang suka curi dan ciplak
Senario menciplak yang masih berleluasa berpunca daripada sikap masyarakat yang menyokong barangan ciplak.
AWANI Pagi: Tembusi Gerbang TVET Premier Negara dengan GMI
Diskusi bersama Ahmad Solihin Mohamed Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) German-Malaysian Institute (GMI) dan dua alumni GMI, Muhammad Ashraff Mohamed Haniffah dan Raja Nur Athirah Raja Sharul Zaman, mengenai potensi pembelajaran dan kerjaya dalam TVET ditawarkan di GMI.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Bangun aplikasi penstriman digital TV di Ipoh seperti Netflix - Datuk Bandar
Idea itu kelak akan direalisasikan menerusi kerjasama MBI dan syarikat di bawah naungan Afdlin Shauki.
Keluarga mohon bantuan kesan anak dikhuatiri hilang
Anak kedua daripada empat beradik itu dilihat keluar dari rumah pada 20 Feb lalu, kira-kira jam 10.30 pagi dengan menaiki motosikal.
Lelaki rosakkan peralatan tokong ditahan - KPD Manjung
Lelaki berusia 35 tahun itu ditahan pada jam 9.30 malam Sabtu, selain merampas telefon bimbit digunakan untuk merakam perbuatan tersebut.
Kembali kepada Islam adalah penyelesaian isu perpaduan kaum - Penganalisis
Isu-isu yang berbangkit mutakhir ini mendesak rakyat Malaysia kini tanpa mengira perbezaan bangsa, agama dan fahaman politik adalah memastikan keharmonian kaum dan agama kekal utuh.
Usah sentuh sensitiviti agama, bersama maju ke hadapan - Premier Sarawak
Kerajaan Sarawak menekankan inklusiviti sosial berteraskan keadilan untuk semua tanpa mengira latar belakang kaum dan agama yang pelbagai.
PRK: Kemenangan PH isyarat Johor tolak politik guna agama - Sheikh Umar
Kemenangan PH memberi isyarat rakyat Johor tidak menerima politik yang mempergunakan agama secara keterlaluan.
Kempen PRN: Elak sentuh isu 3R demi keharmonian rakyat - Pakar
Memainkan isu 3R semasa berkempen boleh menyebabkan pertelingkahan dalam kalangan masyarakat serta mengundang kesan buruk kepada negara.
Kerajaan tidak akan berkompromi dengan pihak mainkan isu perkauman, agama - TPM Zahid
Kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang berterusan memainkan isu perkauman dan agama.
Tujuh kertas siasatan dibuka di bawah unit 'task force' 3R PDRM
Tujuh kertas siasatan telah dibuka melibatkan kes 3R atau kes penghinaan terhadap agama, kaum dan Institusi Diraja bagi tempoh bermula 27 Mac 2023 sehingga 6 April 2023.
Hargai kepelbagaian budaya, agama di Malaysia asas kemakmuran - TPM Fadillah
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata Malaysia sangat istimewa dengan rakyatnya hidup aman harmoni dalam kepelbagaian budaya dan perbezaan agama.
Kes pendakwah terkenal: Jangan buat spekulasi - Idris
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad menegaskan, tindakan itu boleh memberi mesej buruk terhadap nilai agama.
Hina Islam: Menteri bagi peringatan, jangan main bab agama
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Idris Ahmad memberi peringatan kepada semua pihak supaya tidak melakukan sebarang penghinaan terhadap agama Islam.