KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa yang menjalankan undang-undang syariah perlu mencari jalan penyelesaian dalam usaha memendekkan tempoh perbicaraan membabitkan kes-kes di Mahkamah Syariah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar.
Beliau berkata ia susulan kebimbangan berlakunya kezaliman antara pihak-pihak terlibat akibat tempoh menunggu yang lama bagi sesuatu kes itu untuk diselesaikan.
"Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Mahkamah Syariah, peguam-peguam syarie perlu mencari idea bagaimana nak pastikan tempoh penyelesaian sesuatu kes dapat dipendekkan," katanya selepas melancarkan Program Konsultasi Syarie Secara Percuma Sempena Ramadan 1444H di Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, hari ini.
Katanya selagi kes-kes itu berpanjangan, ia akan menyebabkan berlaku kezaliman kepada mereka yang terlibat, sehubungan itu pihak berkaitan perlu bijak dalam mengimbangkan bagaimana cara untuk mencepatkan kes tetapi dalam masa sama tidak memprejudiskan isu keadilan.
Sementara itu merujuk kepada isu mengenai garis panduan bagi ahli politik berceramah di masjid, Mohd Na'im berkata perkara itu adalah tertakluk kepada bidang kuasa kerajaan negeri, manakala di peringkat Persekutuan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hanya berperanan untuk menyelaras.
Beliau berkata di peringkat persekutuan sebagai agensi penyelaras, pihaknya akan sentiasa cuba membuat panduan itu namun keputusannya terserah kepada kerajaan-kerajaan negeri.
Mengenai pelancaran program konsultasi, Mohd Na'im berkata inisiatif yang dilaksanakan oleh Pusat Bantuan Guaman Syarie (BAGUS) itu adalah pendekatan terbaik dalam memberi khidmat konsultasi kepada golongan B40 sekali gus, dilihat mampu mengurangkan risiko peningkatan kes perceraian.
Katanya program itu juga bertujuan untuk memastikan semua umat Islam di negara ini mendapat akses kepada keadilan walaupun mereka terdiri daripada golongan yang kurang berkemampuan.
"Ia juga adalah bagi menjalankan sebahagian khidmat Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) kepada masyarakat Islam di negara ini, sesuai dengan kepakaran yang dimiliki ahli-ahli PGSM yang merupakan peguam-peguam syarie bertauliah," katanya.
Program konsultasi itu akan diadakan mulai 27 Mac sehingga 20 April ini bermula dari pukul 10 pagi hingga 1 tengah hari pada Isnin hingga Khamis di Bilik Gerakan BAGUS-PGSM di negeri-negeri terlibat, antaranya Melaka, Perak, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 14 2023

Pihak berkuasa yang menjalankan undang-undang syariah perlu mencari jalan penyelesaian dalam usaha memendekkan tempoh perbicaraan membabitkan kes-kes di Mahkamah Syariah. - Gambar hiasan
AWANI Ringkas: Jerebu rentas sempadan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Ringankan beban rakyat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Malaysia semakin hampiri sasaran 27 pingat
Tiada tambahan pingat buat kontinjen Malaysia dalam saingan Sukan Asia Hangzhou 2022 untuk hari ini.
Begitupun, atlet negara kini semakin menghampiri sasaran 27 pingat dengan beberapa acara melibatkan atlet kebangsaan dijadualkan pada Khamis.
Untuk butiran lanjut, kita bersama wartawan Astro ARENA, Zulhelmi Zainal Azam dari Hangzhou, China.
Begitupun, atlet negara kini semakin menghampiri sasaran 27 pingat dengan beberapa acara melibatkan atlet kebangsaan dijadualkan pada Khamis.
Untuk butiran lanjut, kita bersama wartawan Astro ARENA, Zulhelmi Zainal Azam dari Hangzhou, China.
Mesyuarat Kabinet tidak sentuh mengenai rombakan
Datuk Seri Khaled Nordin, yang juga Naib Presiden UMNO berkata, mesyuarat jemaah Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tidak menyentuh mengenai rombakan Kabinet.

Sukan Asia: Perak beri insentif kepada Muhammad Azeem, Sheeren berjaya rangkul gangsa
Jumlah insentif itu masih dalam perbincangan antara kerajaan negeri dan MSN Perak namun ia akan diberikan dalam masa terdekat.
Tumpu usaha perkukuh ASEAN sebagai ‘bakul makanan dunia’
Mesyuarat Menteri-Menteri Asean Mengenai Pertanian dan Perhutanan (AMAF) ke-45 memberi tumpuan untuk mengukuhkan kedudukan Asean sebagai ‘bakul makanan dunia.’
Hujan di beberapa kawasan kurangkan jerebu
Mujur beberapa kawasan sekitar Lembah Klang dapat mengurangkan jerebu hari ini.
Tanya AI: Bagaimana jerebu boleh jejaskan kesihatan?
Penyampai AI, Joon, beri penjelasan bagaimana jerebu boleh bahayakan kesihatan.
[TERKINI] Kerugian jenayah dalam talian hampir RM2 bilion
Kerugian akibat jenayah dalam talian terus meningkat kepada hampir RM2 bilion bagi tempoh 2021 hingga September lalu.

Malaysia utus surat kepada Indonesia selesai masalah jerebu rentas sempadan - Nik Nazmi
Malaysia telah menghantar surat kepada Indonesia bagi menyelesaikan segera Perjanjian ASEAN Mengenai Pencemaran Jerebu Merentas Sempadan (AATHP).

Perlu cari penyelesaian isu tempoh perbicaraan di Mahkamah Syariah
Mohd Na'im berkata ia susulan kebimbangan berlakunya kezaliman antara pihak-pihak terlibat akibat tempoh menunggu yang lama bagi sesuatu kes.

Umat Islam digalak amal konsep seru kebaikan demi cegah gejala negatif
Konsep itu perlu dilakukan bersungguh-sungguh dengan mengaplikasikan hakikat kebenaran ilmu pengetahuan dan undang-undang.

Aceh perkenal hukuman 100 kali sebatan bagi pemburu haram hidupan liar
Hukuman sebat 100 kali menggunakan rotan adalah sebagai tambahan kepada hukuman penjara di bawah undang-undang sedia ada.

Isu fatwa di bawah bidang kuasa eksklusif Mahkamah Syariah
Mahkamah sivil tidak mempunyai bidang kuasa berkaitan hukum syarak dalam Undang-Undang Syariah.

Hanya 4 kesalahan syarie dikenakan sebat di Kelantan - MB
Ia adalah melakukan zina, mukadimah zina, minum arak dan qazaf iaitu menuduh seseorang melakukan zina tanpa membawa empat orang saksi.

Kehadiran orang awam sewaktu sebatan 'pasangan songsang' perlu dilihat semula - Mujahid Rawa
Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa berkata aspek kehadiran orang awam sewaktu proses sebatan pesalah undang-undang syariah seperti yang berlaku di Terengganu pada Isnin perlu dilihat semula.

Pasangan gay kedua di Aceh disebat di khalayak ramai
Sepasang lelaki homoseksual disebat lebih 80 kali secara terbuka di wilayah Aceh, Indonesia pada Jumaat kerana melakukan hubungan seks sejenis.

UMNO belum terima jemputan sertai Himpunan Mega RUU 355
UMNO belum membuat apa-apa keputusan mengenai Himpunan Mega RUU 355, ujar Ketua Penerangannya, Tan Sri Annuar Musa.

MCA bantah Himpunan Mega RUU 355 anjuran PAS
Kata Datuk Seri Liow Tiong Lai, MCA menentang himpunan itu jika ia memecahbelahkan masyarakat dan mencetuskan perpecahan dalam negara.