awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dollah Salleh dilantik Penolong Pengarah Teknikal NFDP
Gagal siapkan penghakiman tepat masa, berundur adalah pilihan bermaruah - Ketua Hakim Negara
Trump isytihar beliau sebagai pemangku Presiden Venezuela di media sosial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perlu kawal penularan hadis palsu - TPM Zahid

Dania Zainuddin
Dania Zainuddin
15/02/2018
04:58 MYT
Perlu kawal penularan hadis palsu - TPM Zahid
Zahid menegaskan, Jakim dan Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran KDN perlu merealisasikan garis panduan melalui tanda pagar #hadithsahih. - Gambar fail
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran Kementerian Dalam Negeri (KDN) digesa meningkatkan usaha bagi mengawal penyebaran hadis mauduk (palsu) dalam kalangan masyarakat di negara ini.
Langkah ini perlu bagi mengurangkan perpecahan umat Islam disebabkan perbezaan pendapat dalam mentafsirkan sumber hukum, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
"Hadis mauduk mempunyai tafsiran yang pelbagai. Dan amalan daripada hadis mauduk ini, telah menyebabkan perbezaan fikiran antara masyarakat.
"Bagi mengelak suasana itu, Jakim dan Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran akan mengambil peranan proaktif untuk memperbetulkan situasi ini," kata Zahid ketika melancarkan 'Garis Panduan Penulisan dan Penerbitan Teks Hadith & Wacana Kawal Selia Hadith Siri II' di sini, hari ini.
Menurut beliau yang juga Menteri Dalam Negeri, pemantauan harus dilakukan terutamanya terhadap penceramah yang menggunakan hadis palsu untuk memesongkan umat.
"Penceramah fizikal boleh ditegur dan ditarik balik tauliahnya.
"Bagaimana pula kalau penceramah yang menyebarkan ajaran di YouTube? Dan disalah tafsirkan, dan dicampurkan lagi dengan jenaka?" soalnya.
Mengenai garis panduan yang dilancarkan hari ini, Ahmad Zahid menegaskan, Jakim dan Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran KDN perlu merealisasikannya melalui tanda pagar #hadithsahih.
Ia bertujuan supaya penulis dan penceramah agama tidak terjerumus dengan hadis palsu dan tidak membawa sumber hukum yang ditafsir sendiri.
Topic Berkaitan
#Islam
#JAKIM
#KDN
#Kementerian Dalam Negeri
#menteri
#Perdana Menteri
#Timbalan Perdana Menteri
#YouTube
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan