awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Era baharu BlackBerry? Clicks Communicator hadir dengan papan kekunci fizikal
Blok Afrika Barat gesa hormati kedaulatan Venezuela susulan operasi ketenteraan AS
Johor tumpu usaha perkukuh komitmen jangka panjang ByteDance - Onn Hafiz
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perlu wujudkan undang-undang kawal ucapan berunsur kebencian - Gobind

Bernama
Bernama
30/09/2018
14:08 MYT
Perlu wujudkan undang-undang kawal ucapan berunsur kebencian - Gobind
GOBIND: Kenyataan itu perlu dikecam sekeras-kerasnya.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo berkata ada keperluan agar undang-undang bagi mengawal selia ucapan berbentuk kebencian diwujudkan di negara ini.
Beliau berkata undang-undang itu juga harus memastikan capaian merentasi sempadan yang lebih cekap dan berkesan bagi mempermudah tindakan terhadap mereka yang melakukan kesalahan sedemikian di luar negara.
Merujuk kepada kenyataan mengenai serban yang ditujukan kepada Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh oleh seorang penulis blog, menteri itu berkata kenyataan tersebut merupakan serangan yang tidak wajar ke atas Amar Singh dan komuniti Sikh.
"Kenyataan itu perlu dikecam sekeras-kerasnya. Ia melanggar nilai paling asas yang kita rakyat Malaysia harus pertahankan iaitu saling menghormati," katanya dalam catatan Facebook terkini, hari ini.
Beliau juga berkata rakyat Malaysia terdiri daripada berbilang bangsa dan agama, justeru serangan sedemikian harus dicegah.
Kenyataan itu adalah contoh isu yang mewajarkan penggubalan undang-undang bagi mengawal selia ucapan berunsur kebencian, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amar Singh Ishar Singh
#Gobind Singh Deo
#Komunikasi dan Multimedia
#komuniti singh
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan