Penggunaan Bahasa Melayu yang tidak meluas termasuk dalam sektor awam didapati menjadi antara punca utama kepada masalah perpaduan di negara ini.
Menurut Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Datuk Dr Awang Sariyan, kegagalan menguasai bahasa kebangsaan dengan baik oleh setiap lapisan masyarakat menyebabkan wujudnya jurang antara mereka.
"Bahasa Melayu telah berperanan sebagai ejen penyatuan sejak dulu lagi, bertitik-tolak dari kegemilangan kerajaan Melayu Melaka.
"Bagaimanapun apa yang kita lihat hari ini, selepas 60 tahun Malaysia merdeka sebagai sebuah negara berdaulat, masih ada warga yang gagal menguasai bahasa kebangsaan dengan baik," katanya ketika dihubungi, Astro Awani di sini, hari ini.
Beliau mendapati Bahasa Melayu dipinggirkan dalam sesetengah bidang dalam negara ini.
"Bahkan dalam urusan rasmi yang sepatutnya bertunjangkan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan pun bahasa Melayu tidak dilaksanakan sepenuhnya.
"Kita dapat lihat dalam mesyuarat, urusan berkaitan pentadbiran negara dan negeri, apatah lagi dalam sektor swasta. Bahasa Inggeris menjadi pilihan.
"Contohnya kita sendiri dapat lihat, dalam banyak acara, sekiranya ada diserta warga luar walaupun hanya seorang, seluruh acara itu dijalankan dalam bahasa Inggeris. Bagaimana kita nak menguatkan penguasaan malah memperkenalkan bahasa kita kepada dunia?" ujarnya.
Katanya, ada juga segelintir rakyat Malaysia yang lahir di bumi bertuah ini masih tidak memahami malah bertutur Bahasa Melayu asas dengan baik.
"Terdapat kajian yang dijalankan terhadap kelompok pelatih Program Latihan Khidmat Negara yang mendapati sejumlah pelajar gagal memahami bahasa Melayu, sedangkan ia merupakan antara syarat utama layak bergelar warga negara sepertimana termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.
"Oleh hal demikian, saya melihat cadangan mewujudkan sistem persekolahan satu aliran mampu mengatasi masalah ini," kata Awang.
Menurut beliau, murid-murid dari pelbagai latar belakang akan bernaung di bawah sistem yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di samping tidak meminggirkan bahasa ibunda masing-masing yang dijadikan salah satu daripada mata pelajaran di sekolah.
Ia sekaligus menghapus jurang yang terbentuk akibat sistem persekolahan yang memisahkan mereka mengikut bahasa ibunda masing-masing.
"Namun perkara ini perlu ada keberanian politik menyeluruh bukan sahaja oleh para pemimpin Melayu, malah rakan pemimpin berbangsa lain untuk bersetuju dengan cadangan tersebut.
"Dengan itu, barulah masalah perpaduan dapat diatasi apabila bahasa kebangsaan kembali menjadi ejen penyatu dan semua rakyat bertunjang kepada satu medium komunikasi umum iaitu bahasa Melayu," jelasnya.
Israr Khalid
Thu Oct 01 2015
Ada juga segelintir rakyat Malaysia yang lahir di bumi bertuah ini masih tidak memahami malah bertutur Bahasa Melayu asas dengan baik. - Gambar Fail
[INFOGRAFIK] PLKN 3.0 bermula pada 2025
PLKN 3.0 bermula pada 2025
Lelaki direman bantu siasatan penemuan mayat wanita
Polis Kuching menahan reman seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang wanita di dalam sebuah kereta di Jalan Tabuan Jaya, Kuching pada Sabtu malam
10 pemain berlatih di Akademi Badminton Malaysia
Selepas hampir tujuh bulan berlangsung, akhirnya Astro Kem Badminton sudah sampai ke Grand Finale.
[TERKINI] Tang Jie-Ee Wei naib juara, bawa pulang habuan RM445,089
Jaguh beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei hampir melakar sejarah untuk bergelar juara namun ditewaskan oleh pilihan kelapan kejohanan, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong dalam aksi akhir Badminton Final Jelajah Dunia BWF di Hangzhou pada Ahad.
Kejadian berlaku berhampiran Tol Wangsa Maju
Sebuah kereta mewah hangus dalam kebakaran di Lebuhraya SPE, sebelum Hentian Tol Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
UMNO tidak terima atau benarkan ahli parti
UMNO tegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Guna saluran dalaman, jangan sampai berantakan
Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti supaya tidak menggunakan media sosial untuk meluahkan rasa tidak puas hati.
Langkawi Ferry Line Ventures batalkan kenaikan kadar tambang
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd mengumumkan pembatalan kenaikan kadar tambang feri Langkawi ke Kuala Kedah dan Kuala Perlis bagi warganegara Malaysia yang diumumkan sebelum ini.
Polis buka siasatan dalaman terhadap anggota disyaki tunjuk isyarat lucah
Polis menjalankan siasatan dalaman terhadap seorang anggotanya yang didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada seorang wanita dalam satu protes di ibu negara, Jumaat lepas.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Izzuddin-Sze Fei naib juara, bawa pulang RM445,000
Beregu lelaki profesional negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei terlepas bergelar juara Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 selepas ditewaskan pasangan Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen
Firdaus Abdullah aktif dalam memperjuangkan bahasa - Awang Sariyan
Aktif dalam gerakan persatuan mengangkat dan memperjuangkan bahasa, merupakan bukti kesungguhan Allahyarham Datuk Firdaus Abdullah yang begitu mencintai nilai dan keindahan kesusasteraan dan budaya.
Kerajaan dicadang ganti akta DBP 1959 dengan akta baharu
Seorang Ahli Dewan Negara mencadangkan agar kerajaan menggantikan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka 1959 (Akta DBP 1959) dengan akta baharu dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaa
Guna bahasa Melayu dalam surat kerajaan bertepatan Perlembagaan Persekutuan - Awang Sariyan
Awang berpendapat pelaksanaan peruntukan Perkara 152(6) Perlembagaan Persekutuan bagaimanapun masih belum memuaskan.
Awang Sariyan terima Anugerah Tokoh Guru Suluh Budiman UPSI 2023
Anak kelahiran Kampung Teluk Kerang, Pontian, itu pernah menyandang Kursi Za'ba di UPSI dan Kursi Pengajian Melayu di Beijing, China.
Awang Sariyan dilantik Penasihat Kehormat Pusat Pengajian Melayu China BFSU
Pelantikan ini menjadi landasan persefahaman rakyat dua buah negara melalui pendidikan dan kebudayaan.
Tingkat martabat bahasa Melayu - Awang Sariyan
Cadangan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun untuk mengangkat teks Perlembagaan Persekutuan dalam bahasa Melayu sebagai teks sahih merupakan perkembangan yang amat baik.
Sokongan Indonesia tingkat peluang bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi ASEAN, antarabangsa
Bahasa Melayu turut digunakan di Indonesia, Brunei, Singapura, Thailand, Filipina, Kemboja, Laos, Vietnam, Myanmar dan Timor Leste.
Ucapan Tuan Ibrahim buka lembaran baharu bahasa Melayu
Awang Sariyan berkata, amalan tersebut sewajarnya turut dilaksanakan oleh pemimpin negara yang lain.
Sasterawan Atondra meninggal dunia
Antondra merupakan antara individu yang terlibat dalam pembentukan Persatuan Kebajikan Penulis Muda Selangor (Kemudi) pada 14 Disember 1971 bersama Datuk Abdul Samad Maharudin.
Keputusan tidak laksana semula PPSMI langkah tepat - Persatuan Linguistik Malaysia
Penasihat PLM, Prof Datuk Dr Awang Sariyan berkata setakat ini 15 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sepakat menyatakan sokongan terhadap keputusan itu.