PUTRAJAYA: Penjualan kit ujian pantas antigen COVID-19 (ujian kendiri) di pasar raya dan kedai rantaian dijangka dapat dilaksanakan dalam bulan ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Ini kerana Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Kementerian Kesihatan (KKM) kini berada di peringkat akhir perbincangan berhubung perkara tersebut, katanya.
Kit ujian pantas antigen COVID-19 (ujian kendiri) ketika ini dijual di semua farmasi komuniti berdaftar atau premis fasiliti kesihatan yang terdapat di negara ini.
"Perluasan penjualannya di pasar raya dan kedai rantaian terpilih buat permulaan ini akan membolehkan orang ramai mendapatkan kit tersebut dengan lebih mudah," kata Nanta dalam sidang media secara maya selepas majlis pelancaran Pameran dan Persidangan Francais Antarabangsa Malaysia 2021 (FIM 2021) secara maya hari ini.
Nanta dalam pada itu berkata kerajaan juga akan memastikan paras harga siling borong dan runcit baharu bagi kit ujian pantas antigen COVID-19 (ujian kendiri) tidak akan memberi kesan kepada pemain industri.
"Sesi perbincangan masih diadakan sehingga satu tahap semua pihak bersetuju terhadap harga runcit dan borong maksimum bagi kit ujian pantas antigen COVID-19.
"Kementerian mahu harga baharu yang akan ditetapkan adalah yang terbaik kepada pengguna dan ia tidak akan memberi kesan kepada perniagaan," katanya.
Berkuat kuasa 5 Sept, harga runcit maksimum bagi kit ujian pantas antigen COVID-19 (ujian kendiri) ditetapkan pada RM19.90 bagi setiap set manakala harga borong ditetapkan RM16 satu set.
Pada 8 Okt lepas, Nanta dilaporkan berkata kerajaan akan menetapkan paras harga siling borong dan runcit baharu bagi kit ujian pantas antigen COVID-19 (ujian kendiri) pada November.
Nanta berkata KPDNHEP mengambil maklum terdapat kira-kira sembilan juta kit ujian pantas antigen COVID-19 (ujian kendiri) yang berada dalam pasaran ketika ini.
"Pihak industri terlibat dalam membawa masuk dan mengeluarkan kit ini telah memberikan maklum balas positif supaya kit tersebut dijual pada harga yang lebih rendah daripada harga runcit maksimum ketika ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 14 2021
Kit ujian pantas antigen COVID-19 (ujian kendiri) ketika ini dijual di semua farmasi komuniti berdaftar atau premis fasiliti kesihatan yang terdapat di negara ini. - Gambar fail/BERNAMA
Trump dinobat 'Person of the Year' majalah Time
Edisi terkini turut memaparkan wawancara eksklusif bersama Trump yang berlangsung pada 25 November di resortnya, Mar-a-Lago, Florida.
Politik negara lebih stabil pada 2024
Tahun kedua di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan menyaksikan pentas politik negara lebih stabil berbanding tahun 2023.
Sektor pelancongan pulih, MOTAC manfaat Kepengerusian ASEAN 2025
Statistik terbaharu itu menunjukkan peningkatan sebanyak 5.6 peratus berbanding 32.35 juta pelancong dalam tempoh sama pada 2019.
Didesak letak jawatan: Beritahu mana kelemahan dan apa patut saya ubah? - Menteri MOTAC
Menurut King Sing, beliau mengalu-alukan pandangan daripada semua pihak dalam usaha untuk menambah baik kelemahan.
Trump undang Presiden China hadiri majlis angkat sumpah bulan depan
Trump menghulurkan jemputan itu kepada Xi pada awal November, sejurus selepas pilihan raya.
Palestin sambut baik Ireland sertai kes genosid ke atas Israel di ICJ
Setakat ini, lebih 10 negara, termasuk Turkiye, Sepanyol, dan Mexico, telah menyertai kes ICJ terhadap Israel.
Parti pemerintah sokong usul pemecatan Presiden
Krisis politik di Korea Selatan semakin meruncing apabila parti pemerintah, People Power Party (PPP), memberikan sokongan kepada usul pemecatan Presiden, Yoon Suk Yeol.
Tentera Israel mula berundur dari selatan Lubnan
Pasukan Tentera Israel melaksanakan proses pengunduran pertama dari sebuah bandar di selatan Lubnan, yang digantikan dengan tentera Lubnan berdasarkan perjanjian gencatan senjata.
Ketua parti pemerintah Korea Selatan sokong usul pendakwaan terhadap Presiden Yoon
PPP turut menggesa penubuhan jawatankuasa etika bagi mempertimbangkan sama ada parti itu perlu meminta Yoon berundur daripada parti itu.
PBB lulus resolusi desak gencatan senjata segera di Gaza
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan resolusi yang menyeru gencatan senjata segera, tanpa syarat, di Gaza walaupun ditolak oleh Amerika Syarikat (AS) dan Israel.
RTK 2.0: Selangor rekod permohonan tertinggi, kutip hasil lebih RM100 juta
Kutipan itu adalah hasil permohonan dan pendaftaran melibatkan seramai 182,754 pendatang asing tanpa izin yang didaftarkan menerusi program tersebut.
Sabah tetapkan RM60 kos ujian RTK untuk ketibaan antarabangsa
Susulan pembukaan semula sempadan, penggiat sektor pelancongan perlu memanfaatkan lokasi strategik Sabah untuk menarik lebih banyak syarikat penerbangan ke negeri itu.
Lima sebab anda perlu kurangkan kebergantungan terhadap ujian RT-PCR - Khairy
Ini lima sebab mengapa kita perlu kurangkan kebergantungan terhadap ujian Ujian Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) terutama dalam gelombang Omicron.
3,275 graduan UTeM wajib tunjuk keputusan RTK sebelum hadiri konvokesyen
Bagi memastikan kelancaran majlis itu, UTeM akan menyediakan sebanyak 2,000 kit ujian kendiri COVID-19.
Lapor jika ada kit ujian palsu, jangan terus percaya video di media sosial - KKM
Orang ramai diminta membuat laporan kepada pihak berkuasa sekiranya benar terdapat kit ujian pantas (RTK) COVID-19 palsu.
18 juta RTK kini tersedia di pasaran - KPDNHEP
Jumlah tersebut berdasarkan pemantauan dan pemeriksaan yang dilakukan KPDNHEP setiap hari.
RTK-Antigen, RT-PCR mampu kesan varian Omicron - Khairy
Ujian pengesanan COVID-19, menggunakan RTK-Antigen dan RT-PCR adalah berkesan untuk mengesan varian Omicron, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Perluasan penjualan ujian kendiri COVID-19 termasuk di pasar raya, dijangka bulan ini - Nanta
Penjualan kit ujian pantas antigen COVID-19 (ujian kendiri) di pasar raya dan kedai rantaian dijangka dapat dilaksanakan dalam bulan ini.
COVID-19: Kelewatan makmal masuk data negatif punca penurunan sampel ujian
Penurunan jumlah sampel ujian COVID-19 adalah disebabkan kelewatan makmal memasukkan data kes negatif di dalam Sistem Informasi Makmal Kesihatan Awam (SIMKA).
MFL saran pemain, pegawai pasukan Liga-M patuh SOP gelembung sukan
MFL sentiasa mengambil berat dengan pematuhan SOP semua pasukan yang bertanding, bagi membendung berlaku sebarang kluster pandemik COVID-19, sepanjang penganjuran Liga Malaysia musim 2021.