PERMAINAN video Upin & Ipin akan dilancarkan di konsol permainan video pada bulan September depan.

Ini diumumkan oleh pengarah urusan Les’ Copaque Productions, Burhanudin Md Radzi dalam sebuah sidang media semalam.

Menurut beliau permainan ini telah dibangunkan sejak setahun lalu dengan menelan kos RM15 juta.

Nama syarikat yang menerbitkan permainan ini tidak didedahkan kecuali ia adalah sebuah syarikat antarabangsa. Konsol yang manakah ia akan dilancarkan turut masih lagi menjadi misteri.

Adalah jarang sekali sebuah permainan konsol generasi moden dilancarkan dalam masa setahun dan tanpa sebarang treler diperlihatkan sebelum ini.

Sebelum ini hanya permainan Upin & Ipin KipiBlock, Upin & Ipin Dash dan Upin & Ipin Metrobot pernah dilancarkan tetapi hanya untuk peranti Android serta iOS sahaja.

Siri animasi yang kali pertama ditayangkan pada tahun 2017 amat popular di Malaysia dan juga negara jiran Indonesia. Selain itu ia turut hadir dalam tiga filem animasi yang turut mendapat sambutan hangat di pawagam. - Amanz