awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pentagon tamatkan program latihan dan felo dengan Harvard, kata Hegseth
Pelawak Indonesia disoal siasat susulan aduan kandungan rancangan Netflix
Cabaran ekstrem Malatra Ultra, Pirate Backyard Ultra 2026 tarik lebih 400 penyertaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Permaisuri Norashikin berangkat ke Program World Animal Day 2024

Bernama
Bernama
26/10/2024
08:30 MYT
Permaisuri Norashikin berangkat ke Program World Animal Day 2024
Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin (tengah) berkenan melawat ke ruang pameran haiwan pada Program Hari Haiwan Sedunia 2024 di Persatuan Pencegahan Kezaliman Terhadap Haiwan (SPCA), hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin hari ini berkenan berangkat menghadiri Program World Animal Day 2024 yang diadakan di Persatuan Pencegahan Kezaliman Terhadap Haiwan (SPCA) Selangor, Ampang dekat sini.
Keberangkatan tiba baginda pada 10.50 pagi disambut oleh Pengerusi SPCA Selangor Christine Chin.
Tengku Permaisuri Norashikin meluangkan masa hampir dua jam di acara tersebut dan berkenan menyampaikan anugerah penghargaan kepada 13 penerima yang merangkumi pihak penaja serta penyelamat dan pengasuh haiwan, sempena Inisiatif Potong Royong dan Stray Free Selangor (SFS) Ogos lepas.
Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin (tengah) berkenan melawat ke rumah kucing pada Program Hari Haiwan Sedunia 2024 di Persatuan Pencegahan Kezaliman Terhadap Haiwan (SPCA), hari ini. - Foto Bernama
Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin (tengah) berkenan melawat ke rumah kucing pada Program Hari Haiwan Sedunia 2024 di Persatuan Pencegahan Kezaliman Terhadap Haiwan (SPCA), hari ini. - Foto Bernama
Inisiatif tersebut merupakan projek lapangan yang melaksanakan pemandulan dan pensterilan haiwan terbiar bertujuan mengurangkan bilangan haiwan terbiar dan meningkatkan kesihatan dan keselamatan awam.
Baginda kemudian berkenan melawat beberapa reruai pameran haiwan sebelum berangkat pulang pada 1 tengah hari.
Hari Haiwan Sedunia di sambut pada 4 Okt bertujuan memperjuangkan kebajikan haiwan dan mempromosikan layanan berperikemanusiaan terhadap semua haiwan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tengku Permaisuri Selangor
#Tengku Permaisuri Norashikin
#Program World Animal Day 2024
#SCPA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan