awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengukuhan ringgit legakan pelajar luar negara, dana pendidikan dimanfaat secara optimum
IPP pembuatan Malaysia capai paras tertinggi dalam tempoh 20 bulan pada Januari - S&P Global
[KOLUMNIS] Realiti 'internship' generasi digital: Kebolehpasaran graduan dalam era IR4.0
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Permaisuri Perak kekalkan kejuaraan ujian kemahiran menembak Puspanita

Bernama
Bernama
08/10/2016
09:10 MYT
Permaisuri Perak kekalkan kejuaraan ujian kemahiran menembak Puspanita
Tuanku Zara Salim mengekalkan kejuaraannya dalam Ujian Kemahiran Menembak 5 Penjuru anjuran Puspanita. - Foto Bernama
Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim mengekalkan kejuaraannya dalam Ujian Kemahiran Menembak 5 Penjuru anjuran Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) di sini, hari ini.
Baginda dinobatkan sebagai penembak terbaik bagi kategori 'Centre Fire' individu.
Tuanku Zara menjuarai kategori sama sejak pertandingan itu diadakan pada 2012.
Sementara itu, juara keseluruhan kali ini disandang Badan Kebajikan Angkatan Tentera (Bakat) Perak. Acara tahunan kali kelima itu disertai pasukan Istana Perak, Puspanita, Bakat, Persatuan Keluarga Polis (Perkep) dan Badan Amal dan Isteri-isteri Wakil Rakyat Perak (Baiduri).
Pertandingan itu diadakan bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara badan-badan kebajikan dan persatuan yang terlibat.
Topic Berkaitan
#menembak
#Permaisuri Perak
#puspanita
#Tuanku Zara Salim
#ujian kemahiran menembak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan