awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Naim Moktar, Mohd Iskandar ikrar beri khidmat terbaik kepada rakyat
Kemenangan BN di Kinabatangan, Lamag cerminkan keyakinan rakyat - Ahmad Zahid
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Permintaan penumpang global naik 13.8 peratus pada Mac 2024 - IATA

Bernama
Bernama
01/05/2024
15:41 MYT
Permintaan penumpang global naik 13.8 peratus pada Mac 2024 - IATA
Ketua Pengarah IATA Willie Walsh berkata permintaan perjalanan udara adalah kukuh dan terdapat setiap petunjuk bahawa ia dijangka tinggi pada musim panas Hemisfera Utara. - Gambar fail/IATA
KUALA LUMPUR: Jumlah permintaan penumpang global, diukur dalam hasil penumpang bagi setiap kilometer (RPK), meningkat 13.8 peratus pada Mac 2024 berbanding Mac 2023, kata Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
Menurut IATA, jumlah kapasiti, yang diukur mengikut tempat duduk tersedia bagi setiap kilometer (ASK) menokok 12.3 peratus tahun ke tahun.
"Faktor muatan Mac adalah 82.0 peratus (+1.0 mata peratusan berbanding Mac 2023), manakala permintaan antarabangsa meningkat 18.9 peratus berbanding Mac 2023.
"Kapasiti meningkat 18.8 peratus tahun ke tahun dan faktor beban bertambah baik kepada 81.6 peratus (+0.1 mata peratusan pada Mac 2023)," kata IATA dalam satu kenyataan.
Ia berkata permintaan domestik meningkat 6.6 peratus berbanding Mac 2023; kapasiti meningkat 3.4 peratus tahun ke tahun dan faktor beban ialah 82.6 peratus (+2.5 mata peratusan berbanding Mac 2023).
Mengulas mengenai kemajuan itu, Ketua Pengarah IATA Willie Walsh berkata permintaan perjalanan udara adalah kukuh dan terdapat setiap petunjuk bahawa ia dijangka tinggi pada musim panas Hemisfera Utara.
"Kita mesti mempunyai kapasiti untuk memenuhi permintaan ini dan memastikan pengalaman perjalanan yang lancar untuk penumpang," kata Walsh.
Beliau berkata walaupun syarikat penerbangan sudah bersedia untuk menyediakan bantuan kepada pelanggan apabila timbul isu berkaitan operasi, penumpang bosan kerana perlu menanggung kos apabila berlaku kelewatan dan pembatalan akibat kelemahan untuk melakukan persediaan di bahagian lain rantaian nilai itu," kata Walsh.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#IATA
#faktor beban
#permintaan domestik
#syarikat penerbangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan