awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Permohonan batal sekatan melalui e-Sekatan Perjalanan bermula 4 Mac - LHDN

Bernama
Bernama
02/04/2024
10:00 MYT
Permohonan batal sekatan melalui e-Sekatan Perjalanan bermula 4 Mac - LHDN
LHDN memaklumkan permohonan yang layak akan diproses dalam tempoh lima hari dan status permohonan akan dimaklumkan melalui e-mel atau notifikasi peti mel MyTax pembayar cukai.
PUTRAJAYA: Permohonan pembatalan sekatan perjalanan boleh dibuat secara dalam talian bermula 4 Mac menerusi perkhidmatan e-Sekatan Perjalanan, menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN).
e-Sekatan Perjalanan boleh diakses melalui Portal MyTax https://mytax.hasil.gov.my/ atau melalui portal rasmi HASiL https://www.hasil.gov.my/ > MyTax > Perkhidmatan ezHasil > e-Sekatan Perjalanan.
LHDN dalam kenyataan hari ini memaklumkan permohonan bagi pembatalan sekatan perjalanan hanya dibenarkan kepada pemohon yang memenuhi semua kriteria iaitu sekatan perjalanan melibatkan individu warganegara Malaysia.
Kriteria lain termasuk sekatan perjalanan yang dikenakan di bawah Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967; selain sekatan perjalanan yang dikenakan ke atas pengarah syarikat dan membuat bayaran penuh amaun tunggakan cukai.
Menurut kenyataan itu bagi tujuan bayaran penuh amaun tunggakan cukai, pemohon digalakkan menggunakan perkhidmatan ByrHASiL https://byrhasil.hasil.gov.my/HITS_EP/ atau menerusi perbankan internet bank terpilih dengan menggunakan Nombor Bil sekatan perjalanan.
LHDN memaklumkan permohonan yang layak akan diproses dalam tempoh lima hari dan status permohonan akan dimaklumkan melalui e-mel atau notifikasi peti mel MyTax pembayar cukai.
Permohonan pembatalan sekatan perjalanan juga boleh dilakukan dengan prosedur dan saluran sedia ada iaitu dengan menghubungi pejabat HASiL berhampiran atau HASiL Care Centre di talian 03-8911 1000.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sekatan perjalanan
#permohonan batal
#e-Sekatan Perjalanan
#tarikh buka permohonan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan