awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AirAsia perkenal laluan Kaohsiung-Osaka
Lelaki didakwa cuba sebabkan kematian, simbah petrol terhadap bekas teman wanita
FEM 2026 jadi 'tahun pelaksanaan', fokus hasil nyata untuk rakyat - Akmal Nasrullah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Permohonan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong 2025 dibuka hingga 28 Feb - JPA

Bernama
Bernama
05/02/2025
14:21 MYT
Permohonan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong 2025 dibuka hingga 28 Feb - JPA
Permohonan secara dalam talian bagi Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) 2025 dibuka bermula 3 Feb hingga akhir bulan ini. - Foto hiasan
PUTRAJAYA: Permohonan secara dalam talian bagi Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) 2025 dibuka bermula 3 Feb hingga akhir bulan ini.
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam kenyataan memaklumkan program biasiswa berprestij itu terbuka kepada mahasiswa peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) sepenuh masa di institusi pengajian tinggi tempatan atau universiti terkemuka dunia dalam bidang strategik yang memberi impak besar kepada pembangunan negara.
Menurut JPA antara bidang yang tersenarai ialah Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), ekonomi, undang-undang, kewangan Islam dan kecerdasan buatan (AI) dengan calon berminat perlu menunjukkan potensi besar untuk menjadi pemimpin dalam bidang akademik dan profesional.
"Keutamaan diberikan kepada individu yang menunjukkan kecemerlangan dalam bidang akademik dan bukan akademik, serta mempunyai daya kepimpinan yang tinggi," menurut kenyataan itu hari ini.
JPA memaklumkan mereka yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut dan mengemukakan permohonan melalui portal https://bmipenajaan.jpa.gov.my.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong
#permohonan biasiswa
#mahasiswa
#Jabatan Perkhidmatan Awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan