awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AirAsia perkenal laluan Kaohsiung-Osaka
Lelaki didakwa cuba sebabkan kematian, simbah petrol terhadap bekas teman wanita
FEM 2026 jadi 'tahun pelaksanaan', fokus hasil nyata untuk rakyat - Akmal Nasrullah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Permohonan biasiswa Yang di-Pertuan Agong dibuka 10 Feb

Bernama
Bernama
07/02/2020
12:02 MYT
Permohonan biasiswa Yang di-Pertuan Agong dibuka 10 Feb
JPA berkata penerima BYDPA adalah terikat untuk berkhidmat di Malaysia dalam tempoh tidak kurang dari lima tahun. - Gambar hiasan
Permohonan bagi Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) sesi pengajian 2020/ 2021 untuk peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) di dalam dan luar negara dibuka bermula pada 5 petang 10 Feb ini.
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam kenyataan hari ini berkata permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang secara dalam talian melalui portal http://esilav2.jpa.gov.my sehingga tarikh tutup pada 6 Mac 2020.
Katanya tarikh akhir bagi mengemukakan borang permohonan yang lengkap secara serahan tangan atau pos juga pada 6 Mac 2020.
"BYDPA menawarkan sebanyak 12 biasiswa iaitu enam di peringkat Sarjana dan enam di peringkat PhD untuk calon mengikuti pengajian dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi, Undang-Undang dan Kewangan Islam," katanya.
Menurut JPA, keutamaan diberikan kepada calon yang mendapat keputusan akademik amat cemerlang iaitu Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) sekurang-kurangnya 3.75 atau kelas pertama atau setaraf dengannya di peringkat Ijazah Sarjana Muda atau Sarjana.
JPA berkata keutamaan juga diberikan kepada calon yang mempunyai keupayaan luar biasa seperti penguasaan pelbagai bahasa, kebolehan istimewa, aktif dalam aktiviti kemasyarakatan atau menghasilkan kerja kreatif dan inovatif.
Katanya calon yang telah mendapat tawaran atau memulakan pengajian pada tahun penajaan di universiti penyelidikan tempatan atau universiti terkemuka di dunia turut diberi keutamaan.
Syarat kelayakan lain ialah warganegara Malaysia dan berumur tidak lebih 35 tahun pada tahun memulakan pengajian.
"Calon-calon yang layak dan berjaya disenarai pendek akan melalui proses pemilihan termasuk temu duga," katanya.
JPA berkata penerima BYDPA adalah terikat untuk berkhidmat di Malaysia dalam tempoh tidak kurang dari lima tahun.
"Oleh itu, penerima biasiswa yang telah menamatkan pengajian di luar negara diwajibkan pulang ke tanah air selepas tamat tempoh tajaan," katanya.
Maklumat lanjut mengenai penawaran itu boleh didapati melalui portal http://esilav2.jpa.gov.my atau hubungi talian 03-8885 3371/ 3879/ 3438/ 3569 pada setiap hari bekerja mulai pukul 9 pagi hingga 5 petang atau emel kepada [email protected].
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#biasiswa
#Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong
#Jabatan Perkhidmatan Awam
#JPA
#Malaysia
#Putrajaya
#Sains
#undang-undang
#Yang di-Pertuan Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan