Permohonan ex-parte Albert Tei terhadap Hajiji ditolak

Setelah mendengar hujahan, Hakim Mahkamah Sesyen memutuskan memihak kepada Hajiji atas dasar bantahan awal dan menolak permohonan Tei (tengah). - Foto arkib
KOTA KINABALU: Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu pada Rabu menolak permohonan ex-parte Albert Tei untuk mendapatkan kebenaran memohon perintah komital terhadap Datuk Seri Hajiji Noor.
Ringkasan AI
- Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu menolak permohonan Albert Tei untuk mendapatkan kebenaran memohon perintah komital terhadap Datuk Seri Hajiji Noor.
- Permohonan tersebut ditolak atas alasan pergantungan Aturan 52 yang dianggap silap dari segi undang-undang, di mana kuasa pengawalan pendakwaan jenayah adalah tanggungjawab Peguam Negara Persekutuan.
- Hakim Mahkamah Sesyen membuat keputusan berdasarkan bantahan awal Peguam Besar Negeri Sabah bahawa permohonan tersebut dibuat tanpa niat baik dan merupakan penyalahgunaan proses mahkamah, serta menegaskan bahawa bidang kuasa komital tidak boleh disalahgunakan.
Brenndon berkata, pada 17 November 2025, pihaknya memperoleh kebenaran daripada Mahkamah Sesyen untuk hadir dan membantu hakim dalam menentukan sama ada permohonan Albert Tei itu patut dibenarkan.
Katanya, pada masa sama, Timbalan Pendakwa Raya, Rustam Sanip turut dijemput untuk menyokong hujahan pihak Peguam Besar Negeri.
Jelas Brenddon, dalam bantahan awal, pihaknya berhujah bahawa Aturan 51, Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 hanya terpakai bagi prosiding sivil dan bukan jenayah, berdasarkan Aturan 1 Kaedah 2(2) kaedah-kaedah Mahkamah 2012.
Sehubungan itu, permohonan Tei tidak berasas kerana pergantungannya terhadap Aturan 52 adalah silap dari segi undang-undang.
Tambahan pula, menurut Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 376 Kanun Tatacara Jenayah, kuasa mengawal dan mengarahkan semua pendakwaan jenayah terletak pada Peguam Negara Persekutuan yang diwakili oleh timbalan pendakwa raya
Oleh itu, Tei sebagai tertuduh dalam kes jenayah di mahkamah lain, bukanlah pihak yang sesuai untuk memulakan prosiding penghinaan mahkamah di mahkamah berasingan, kerana kuasa tersebut terletak pada timbalan pendakwa raya.
Brenddon menambah pihaknya turut berhujah bahawa permohonan ini dibuat dengan niat tidak baik dan merupakan penyalahgunaan proses mahkamah yang tiada asas fakta atau undang-undang.
Setelah mendengar hujahan, Hakim Mahkamah Sesyen memutuskan memihak kepada Hajiji atas dasar bantahan awal dan menolak permohonan Tei.
Keputusan ini mencerminkan pendirian tegas mahkamah bahawa bidang kuasa komital tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya atau untuk tujuan yang tidak berkait dengan pentadbiran keadilan yang sewajarnya.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah permohonan yang ditolak oleh Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu pada Rabu? A: Permohonan ex-parte Albert Tei untuk mendapatkan kebenaran memohon perintah komital terhadap Datuk Seri Hajiji Noor.
- Q: Siapakah yang mewakili Albert Tei dan Datuk Seri Hajiji Noor dalam prosiding tersebut? A: Edward Paul mewakili Albert Tei, manakala Peguam Besar Negeri Sabah, Datuk Brenndon Keith Soh bersama Roland Alik mewakili Hajiji.
- Q: Apakah hujahan yang dibuat oleh pihak Peguam Besar Negeri Sabah semasa prosiding? A: Pihak Peguam Besar Negeri Sabah berhujah bahawa permohonan Albert Tei tidak berasas kerana pergantungannya terhadap Aturan 52 adalah silap dari segi undang-undang.
- Q: Mengapa Mahkamah Sesyen menolak permohonan Albert Tei? A: Mahkamah Sesyen menolak permohonan Albert Tei kerana permohonan itu tidak berkait dengan pentadbiran keadilan yang sewajarnya dan merupakan penyalahgunaan proses mahkamah.
- Q: Apakah kesan keputusan Mahkamah Sesyen terhadap permohonan Albert Tei? A: Keputusan Mahkamah Sesyen membuktikan bahawa bidang kuasa komital tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya atau untuk tujuan yang tidak berkait dengan pentadbiran keadilan yang sewajarnya.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

