PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan menetapkan sehari pada 19 Jan untuk mendengar permohonan semakan Datuk Seri Najib Razak terhadap sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda kerana menyeleweng RM42 juta dana milik SRC International Sdn Bhd.
Sebelum ini mahkamah menetapkan tiga hari iaitu pada 19, 20 dan 26 Jan untuk mendengar permohonan semakan bekas Perdana Menteri itu.
Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Ashrof Adrin Kamarul berkata, mereka menerima e-mel pada Jumaat (6 Jan) daripada Mahkamah Persekutuan memaklumkan dua hari bagi pendengaran itu telah dilapangkan kerana beberapa hakim yang menganggotai panel untuk mendengar semakan Najib terlibat dengan kes lain.
Bekas Perdana Menteri berusia 69 tahun itu kini sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun di Penjara Kajang selepas beliau gagal dalam rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos tahun lepas untuk mengetepikan sabitan, hukuman penjara dan denda RM210 juta.
Dalam permohonannya, Najib juga mahu menyemak semula keputusan Mahkamah Persekutuan pada 16 Ogos tahun lepas yang menolak permohonannya untuk mengemukakan keterangan lanjut berkaitan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali, hakim perbicaraan dalam kes SRC International itu.
Pada 28 Julai 2020, Hakim Mohd Nazlan mendapati beliau bersalah atas tujuh pertuduhan -- tiga pertuduhan pecah amanah, tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan salah guna kuasa.
Mohd Nazlan yang kini hakim Mahkamah Rayuan, menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atau lima tahun penjara ke atas Najib dan keputusannya itu dikekalkan Mahkamah Rayuan pada 8 Dis tahun lepas.
Najib turut memohon agar rayuan itu didengar semula oleh panel Mahkamah Persekutuan yang baharu yang terdiri daripada sekurang-kurangnya tujuh hakim dan beliau diberi penangguhan pelaksanaan hukuman penjara sementara menunggu pendengaran permohonan semakannya.
Pihak pendakwaan dalam menjawab afidavit Najib, menyatakan bahawa permohonan semakan Najib tidak mempunyai merit dan merupakan penyalahgunaan proses mahkamah.
Pihak pendakwaan juga berkata Najib telah diberi perbicaraan yang adil dan tiada prapenghakiman dalam rayuannya di Mahkamah Persekutuan. - BERNAMA
Bernama
Tue Jan 10 2023

Mahkamah Persekutuan menetapkan sehari pada 19 Jan untuk mendengar permohonan semakan Datuk Seri Najib Razak terhadap sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda kerana menyeleweng RM42 juta dana milik SRC International Sdn Bhd. - Gambar fail

Pembangunan infrastruktur, perdagangan digital antara fokus
Pembangunan infrastruktur adalah kunci kepada jalinan perdagangan kedua-dua negara.

Konvensyen Nasional wujudkan keserasian gabungan - TPM
Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan pada 14 Mei di WTC Kuala Lumpur mampu meningkatkan keserasian kepimpinan parti politik di bawah Kerajaan Perpaduan.

Nasib Ramasamy belum diputuskan
Nasib Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P. Ramasamy sama ada akan digugurkan atau sebaliknya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) belum diputuskan kerana senarai calon yang akan mewakili Pakatan Harapan (PH) belum diputuskan.

Lantikan Asyraf Wajdi berdasarkan pengalaman dan kepakaran
Pelantikan Datuk Asyraf Wajdi Dusuki sebagai Pengerusi MARA dibuat atas pengalaman dan kepakaran beliau dalam perbankan Islam.

Majlis iftar rai Anwar di Kemboja
Lawatan rasmi sehari di Kemboja, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka diraikan dalam majlis iftar di negara itu. Jelas Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul kadir, majlis itu turut akan dihadiri kira-kira lima ribu tetamu.

Skuad Harimau Malaya B-22 juarai Merlion Cup 2023
Skuad Harimau Malaya B-22 menjuarai Merlion Cup 2023 selepas menewaskan Hong Kong B-22 2-1 di Stadium Jalan Besar, Singapura, malam Ahad.

Pembangkang kemuka usul di Dewan Rakyat
Pembangkang akan mengemukakan usul berhubung dakwaan kegagalan lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Arab Saudi di Dewan Rakyat. Ketua Jawatankuasa Hal Ehwal Antarabangsa Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, kegagalan yang didakwa tersebut merupakan satu tamparan hebat ke atas Malaysia.

Bengkel motosikal tawar tayar Rahmah RM5
Dengan niat untuk meringankan beban pengguna, terutama golongan B40, sebuah bengkel motosikal di Kajang, Selangor baru-baru ini telah menawarkan jualan tayar motosikal pada harga Rahmah RM5.

Kanak-kanak lelaki cedera tersepit pintu lif
Seorang kanak-kanak lelaki berusia satu tahun setengah mengalami kecederaan di kepala selepas terjatuh dan tersepit di lubang antara pintu lif dan dinding bangunan, hari ini.

AWANI Ringkas: Kementerian teliti cadangan buka semula kedutaan di negara konflik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Pengurusan kes rayuan Peguam Diraja untuk wakili Najib pada 6 April
Tarikh itu ditetapkan sementara menunggu keputusan permohonan semakan Najib yang dijadualkan pada 31 Mac.

Saifuddin sahkan Najib terima rawatan di hospital
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjalani rawatan di sebuah hospital di ibu negara.

Zahid Hamidi memang kuat, tapi jangan pandang rendah pengaruh 'Bossku', kata KJ
KJ beri amaran jangan pandang ringan suara Najib Razak di sebalik penjara yang boleh menentukan masa depan UMNO.

Najib masuk hospital akibat jangkitan paru-paru
Datuk Seri Najib dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur sejak beberapa hari lalu, tetapi kini sudah kembali ke penjara.

Anak Najib menang Ketua UMNO Bahagian Langkawi
Datuk Mohd Nazifuddin, memenangi jawatan Ketua UMNO Bahagian Langkawi dalam pertembungan dua penjuru pada Pemilihan UMNO sesi 2023-2026, semalam.

31 Mac keputusan permohonan semakan kes SRC Najib
Tarikh keputusan itu disahkan oleh seorang daripada peguam Najib, Muhammad Farhan Muhammad Shafee serta Timbalan Pendakwa Raya Mohd Ashrof Adrin Kamarul.

Sudah 21 hari, Puad persoal keadilan Najib tertangguh
Katanya, penangguhan itu secara tak langsung akan menyebabkan kes Najib tidak mendapat keadilan yang telus.

Muhyiddin Yassin bukan Najib Razak - Wan Ahmad Fayhsal
Wan Ahmad Fayhsal mengingatkan perwakilan parti dan rakyat bahawa kes pendakwaan di mahkamah melibatkan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak sama dengan kes Datuk Seri Najib Tun Razak.

AGC fail notis rayuan berhubung keputusan kes Najib, Arul Kanda pinda laporan audit 1MDB
Jabatan Peguam Negara telah memfailkan notis rayuan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan Najib dan Arul Kanda daripada pertuduhan meminda laporan audit 1MDB.

Santhara tidak sepatutnya pergi ke NZ ketika pandemik - Najib
Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa memberitahu Mahkamah Sesyen di sini bahawa lawatan 55 hari ke New Zealand oleh bekas Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Edmund Santhara Kumar.