awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Pulau Pinang tumpaskan kegiatan seleweng minyak masak bersubsidi
Pahang tidak berkompromi pemaju gagal siap projek perumahan rakyat
Pakar cadang wujudkan Akta TVET bagi tingkat pelaksanaan NIMP 2030
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Permohonan pertukaran lesen memandu asing kepada LMM dihentikan 19 Mei ini - KP JPJ

Bernama
Bernama
16/05/2025
14:15 MYT
Permohonan pertukaran lesen memandu asing kepada LMM dihentikan 19 Mei ini - KP JPJ
Aedy Fadly berkata rakyat asing yang memerlukan LMM dikehendaki menjalani tatacara mendapatkan lesen tersebut seperti prosedur sedia ada sebagaimana yang dilalui oleh rakyat Malaysia. - Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Semua permohonan pertukaran lesen memandu negara asing ke Lesen Memandu Malaysia (LMM) dihentikan berkuat kuasa 19 Mei ini, kata Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Datuk Aedy Fadly Ramli.
Menerusi kenyataan hari ini, beliau berkata rakyat asing yang memerlukan LMM dikehendaki menjalani tatacara mendapatkan lesen tersebut seperti prosedur sedia ada sebagaimana yang dilalui oleh rakyat Malaysia.
Beliau berkata langkah berkenaan dibuat JPJ bagi memperketatkan pematuhan dan piawaian keselamatan jalan raya melibatkan warga asing.
"Penambahbaikan ini satu daripada usaha dan komitmen kerajaan MADANI untuk meningkatkan aspek keselamatan jalan raya serta memperkukuhkan tadbir urus dan meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kerajaan," katanya.
Bagaimanapun, Aedy Fadly berkata terdapat beberapa kategori pemohon tidak terjejas oleh ketetapan baharu yang dilaksanakan itu, antaranya individu di bawah kor diplomatik dan peserta Malaysia My Second Home (MM2H).
Beliau berkata turut tidak terjejas warganegara Malaysia yang memperoleh lesen memandu negara asing sebelum daripada memegang LMM.
Sementara itu, beliau berkata warga asing yang berada di Malaysia untuk tempoh masa sementara iaitu kurang daripada 12 bulan adalah tertakluk kepada ketetapan tertentu.
Bagi Negara Pejanji kepada Konvensyen mengenai Lalu Lintas Jalan Raya 1949, Geneva (Konvensyen 1949) dan Konvensyen mengenai Lalu Lintas Jalan Raya 1968, Vienna (Konvensyen 1968), individu daripada negara berkenaan dibenarkan memandu dengan menggunakan Permit Memandu Antarabangsa (IDP) yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Negara Pejanji berkenaan.
Bagi warganegara dari ASEAN, individu berkenaan hanya perlu menggunakan lesen memandu negara asal, selaras dengan ketetapan di bawah Perjanjian Mengiktiraf Lesen Memandu Domestik Dikeluarkan oleh Negara ASEAN 1985.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ASEAN
#warga asing
#mm2h
#lesen memandu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan