awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Permohonan reman pendakwah guna gelaran 'Datuk' tidak diiktiraf ditolak

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
22/06/2023
07:29 MYT
Permohonan reman pendakwah guna gelaran 'Datuk' tidak diiktiraf ditolak
Pendakwah bebas berkenaan tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Kangar, pada jam 9.30 pagi tadi dengan diiringi anggota polis bagi mendapatkan perintah reman berkenaan. - Foto Astro AWANI
KANGAR: Mahkamah Majistret Kangar hari ini menolak permohonan reman dikemukakan polis terhadap seorang pendakwah bebas berhubung kes pemalsuan gelaran 'Datuk'.
Penolakan perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Siti Nor Hasliza Md Ali.
Sebelum itu, pendakwah bebas berkenaan tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Kangar, pada jam 9.30 pagi dengan diiringi anggota polis bagi mendapatkan perintah reman berkenaan.
Peguam yang mewakili suspek, Nur Iman Nor Azmi berkata, mahkamah menolak permohonan reman tersebut setelah anak guamnya berjanji akan memberi kerjasama kepada polis sekiranya dipanggil selepas ini selain merupakan individu yang dikenali dan tidak berpotensi untuk melarikan diri.
Tambahnya, kes tersebut kini masih dalam siasatan dan anak guamnya bersedia memberi kerjasama kepada polis.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd. Yusop mengesahkan mengenai penahanan suspek sebelum ini.
Menurut Yusharifuddin, pada 1 Mei lalu, satu hantaran menerusi laman Facebook telah dikenal pasti menggunakan gelaran dan anugerah ‘Datuk’ dipercayai palsu pada laman akaun berkenaan.
Suspek dipercayai telah menggunakan gelaran disyaki tidak diiktiraf dan sengaja menggunakan gelaran Datuk.
Kes disiasat mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia dan Seksyen 3(2) Akta Kesalahan yang Berhubungan Dengan Anugerah 2017.
Topic Berkaitan
#pendakwa bebas
#Mahkamah Majistret Kangar
#gelaran datuk palsu
#permohonan reman ditolak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan