WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkata jumlah pesawat Boeing yang ditempah di bawah perjanjian yang diumumkan sebelum ini dengan China boleh mencecah 750 unit.
Sebelum ini, menurut pemimpin AS itu, Beijing bersetuju membeli 200 pesawat Boeing, namun China belum mengesahkan perjanjian berkenaan.
“Saya memberitahu perkara ini kepada Boeing dan General Electric. Kami akan menggunakan enjin General Electric, yang sangat baik.
"Jika mereka melaksanakan tugas dengan baik, jumlah itu boleh meningkat kepada 750,” kata Trump kepada Fox News, lapor Sputnik/RIA Novosti.
Trump mengadakan lawatan negara ke China pada 13 hingga 15 Mei, dengan beliau mengadakan rundingan bersama Presiden China Xi Jinping.
-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI