awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Permohonan RFP untuk wujudkan teksi air masih tanda tanya

Sinar Harian
Sinar Harian
08/04/2022
00:10 MYT
Permohonan RFP untuk wujudkan teksi air masih tanda tanya
Nurhafiza menunjukkan kenyataannya mengenai status permohonan kerajaan negeri untuk RFP perkhidmatan teksi air. - Foto Sinar Harian
GEORGE TOWN: Kementerian Pengangkutan perlu mempercepatkan pertimbangan terhadap permohonan kerajaan negeri Pulau Pinang untuk memanggil tender terbuka secara 'request for proposal (RFP) untuk menyediakan perkhidmatan teksi air di negeri ini.
Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Nurhafiza Huda Idris berkata, kerajaan negeri telah merancang untuk menyediakan perkhidmatan teksi air di Pulau Pinang seperti yang dikemukakan dalam Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang.
Menurutnya, pada 15 September tahun lalu, kerajaan negeri melalui MBPP telah menghantar satu surat kepada Kementerian Pengangkutan untuk mendapatkan pertimbangan dan kelulusan untuk memanggil tender terbuka secara RFP.
"RFP tersebut adalah bertujuan untuk mendapatkan cadangan menyeluruh daripada syarikat yang berminat untuk menyediakan dan mengoperasikan perkhidmatan teksi air di Pulau Pinang.
"Walaupun sudah lebih enam bulan, pihak MBPP masih belum mendapat maklum balas mahupun kelulusan untuk mengadakan sebarang perbincangan daripada kementerian terbabit," katanya dalam kenyataan di sini, pada Khamis.
Nurhafiza berkata, perkhidmatan teksi air adalah diperlukan sebagai satu mod pengangkutan awam untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas dan menggalakkan aktiviti pelancongan di Pulau Pinang.
Katanya, projek ini tidak dapat dilaksanakan di peringkat negeri kerana ia tertakluk kepada bidang kuasa Kementerian Pengangkutan, seperti yang termaktub dalam Jadual 9, Akta Perlembagaan Persekutuan.
"Sebagai Ahli Majlis MBPP yang mewakili Persatuan Kemajuan Nusa Pulau Pinang, saya menggesa Kementerian Pengangkutan mempercepatkan pertimbangan terhadap permohonan tersebut demi kepentingan rakyat Pulau Pinang," katanya.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#pelancongan
#teksi air
#tender terbuka
#Nurhafiza Huda Idris
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan