awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Permohonan SPHM yang sudah diluluskan diproses secara elektronik bermula 5 Mei - KP Jakim

Bernama
Bernama
08/05/2025
09:50 MYT
Permohonan SPHM yang sudah diluluskan diproses secara elektronik bermula 5 Mei - KP Jakim
Sirajuddin berkata bagi pemohon sijil tersebut yang telah mendapat pengesahan, mereka kini boleh mencetak sendiri SPHM melalui sistem MYeHALAL. - Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Susulan pengenalan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) secara elektronik (e-Cert) oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada 5 Mei lepas, semua permohonan SPHM yang telah diluluskan Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia peringkat Jakim, Majlis Agama Islam Negeri atau Jabatan Agama Islam Negeri mulai tarikh berkenaan, akan diproses secara elektronik.

Ringkasan AI
  • Jakim memperkenalkan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) secara elektronik (e-Cert) mulai 5 Mei 2025, membolehkan pemohon mencetak sendiri sijil melalui sistem MYeHALAL.
  • Semua permohonan SPHM yang diluluskan akan diproses secara elektronik, manakala permohonan untuk sijil fizikal perlu dikemukakan melalui surat rasmi dan dikenakan bayaran mengikut Klausa 13, Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Domestik) 2020.
  • Inisiatif ini selaras dengan agenda Pendigitalan Perkhidmatan Awam Kerajaan Madani, bertujuan mempercepatkan proses pensijilan halal dan meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan.

Ketua Pengarah Jakim Datuk Sirajuddin Suhaimee berkata bagi pemohon sijil tersebut yang telah mendapat pengesahan, mereka kini boleh mencetak sendiri SPHM melalui sistem MYeHALAL.
Beliau berkata sekiranya pihak syarikat masih memerlukan SPHM dalam bentuk fizikal yang dicetak dan disahkan pihak berkenaan, permohonan hendaklah dikemukakan menerusi surat rasmi.
"Segala urusan percetakan sijil secara fizikal dikategorikan sebagai Cetakan Semula SPHM dan akan dikenakan bayaran selaras dengan Klausa 13, Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Domestik) 2020," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sirajuddin berkata pendigitalan urusan permohanan SPHM adalah selaras dengan agenda Pendigitalan Perkhidmatan Awam Kerajaan MADANI bagi meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan.
"Jakim sentiasa komited dalam memastikan nilai daya cipta iaitu pembaharuan dan pengupayaan modal insan yang terkandung dalam teras Malaysia Madani dapat direalisasikan meliputi urusan pensijilan halal.
"Komitmen ini dizahirkan melalui sokongan terhadap inisiatif digitalisasi selaras dengan perkembangan teknologi maklumat masa kini, sekali gus mengurangkan kerenah birokrasi dan meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sijil Pengesahan Halal Malaysia
#JAKIM
#diproses secara elektronik
#e-Cert
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami