Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menolak dengan kos permohonan tiga penganut Hindu Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25 Subang Jaya untuk menangguhkan pelaksanaan interim penghakiman persetujuan dan writ milikan oleh One City Development Sdn Bhd (One City), bagi mendapatkan semula tapak kuil itu, lapor Bernama.
Hakim M Gunalan membuat keputusan itu di dalam kamarnya selepas mendengar permohonan plaintif, S Thangaraju, 37; M Mohanakrishnan, 59; dan S Nagarajah, 52.
Selain One City, ketiga-tiga mereka turut menamakan K Chellappa, Pengarah Perancang Bandar dan Desa Selangor, kerajaan Selangor dan M Nagaraju sebagai defendan.
Peguam Claudia Cheah yang mewakili One City ketika ditemui pemberita selepas prosiding berakhir berkata, mahkamah membuat keputusan itu atas alasan, antaranya, permohonan plaintif tiada locus standi dan One City adalah pemilik sah tapak kuil berkenaan.
Ketiga-tiga plaintif memfailkan permohonan pada 12 Nov lepas bagi mendapatkan perintah penangguhan pelaksanaan interim penghakiman persetujuan bertarikh 11 Mac 2014 dan writ pemilikan untuk mendapatkan semula hartanah kuil berkenaan pada 22 Nov 2018.
Permohonan itu dibuat berikutan plaintif memfailkan saman terhadap kesemua defendan pada 10 Nov lepas bagi menuntut, antaranya, perintah injunksi bahawa defendan atau orang lain dilarang daripada masuk, dan berada atau menggunakan kekerasan untuk mendapatkan semula hartanah kuil itu.
Selain itu, saman itu difailkan bagi memohon perintah bahawa penghakiman persetujuan tersebut adalah batal dan tidak sah, salah di sisi undang-undang serta tidak berkuasa, selain kos dan relif-relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Isu pemindahan kuil itu mencetuskan rusuhan di kawasan rumah ibadat berkenaan pada awal pagi Isnin dan Selasa yang menyaksikan seorang anggota bomba cedera parah selain perusuh turut membakar 23 kenderaan dan merosakkan cermin bangunan kompleks One City yang terletak 1km dari kuil tersebut.
Sehingga hari ini polis menahan 30 individu bagi membantu siasatan.
Sementara itu tinjauan Astro AWANI mendapati suasana di sekitar tapak kuil berkenaan masih aman, seperti semalam.
Astro Awani
Thu Nov 29 2018
Keputusan itu dibuat Hakim M Gunalan di dalam kamarnya hari ini, dengan kos. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik
Penaja kepada pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia, Victor, membuat permohonan maaf berhubung kesilapan melibatkan logo Jalur Gemilang yang terbalik di jersi pemain itu pada perlawanan pertamanya di Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Rabu.
Perubahan iklim: Kerjasama, komitmen antarabangsa perlu jayakan aspirasi
Nik Nazmi berkata, komitmen antarabangsa amat signifikan dan boleh dipuji, biarpun belum mencapai tahap yang dikehendaki.
Import kenderaan China ke AS catat rekod tertinggi Januari-Oktober
Pada Januari-Oktober, AS membeli kenderaan dari China bernilai US$2.89 bilion - peningkatan tahunan sebanyak 1.5 kali ganda.
RUU Majlis Media Malaysia dibentangkan kali pertama hari ini
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang hari ini, bertujuan memperkasa etika kewartawanan, menggalakkan pelaporan bertanggungjawab, dan menyokong pembangunan media negara.
Isu STEM dan kebajikan nelayan tumpuan hari ini
Sidang terakhir Parlimen hari ini membincangkan isu pendidikan STEM, kebajikan nelayan, semakan Akta Taska 1984, serta pembentangan Rang Undang-Undang Majlis Media Malaysia 2024.
Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun
Situasi banjir di Kelantan pulih sepenuhnya malam tadi manakala jumlah mangsa di Terengganu terus menurun.
UK sumbang 13 juta pound kepada UNRWA
Perdana Menteri United Kingdom (UK) Keir Starmer mengumumkan sumbangan sebanyak £13 juta pound kepada Agensi Bantuan Dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian Palestin (UNRWA).
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Trump rancang 25 perintah eksekutif pada hari pertama
Presiden Amerika Syarikat yang bakal dilantik, Donald Trump, merancang menandatangani lebih daripada 25 perintah eksekutif dan arahan pada hari pertamanya menjawat jawatan pada 20 Januari.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Qatar pada Rabu mengumumkan akan membuka semula kedutaannya di Syria selepas lebih 13 tahun ditutup.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Waqf ETF, pertama di dunia disenaraikan di Bursa Malaysia
Waqf ETF sasar untuk agih pendapatan setiap tahun dengan separuh diperuntukkan sebagai aset Wakaf, separuh lagi dibayar kepada pemegang unit.
Permohonan tangguh proses ambil alih tapak kuil ditolak - Mahkamah Tinggi
Permohonan penganut Hindu untuk menangguhkan proses pengambilalihan tapak kuil Sri Maha Mariamman oleh pemaju, One City Development Sdn bhd, di tolak Mahkamah Tinggi Shah Alam.