awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Permukiman SOCA berlangsung di Desaru, Johor hari ini

Bernama
Bernama
04/03/2025
02:15 MYT
Permukiman SOCA berlangsung di Desaru, Johor hari ini
Mesyuarat Permukiman Jawatankuasa Pegawai Kanan bagi Komuniti Sosio-Budaya ASEAN (SOCA) sedang berlangsung di Desaru hari ini, dengan tumpuan kepada pengesahan Strategi Komuniti Sosio-Budaya ASEAN (ASCC). - Gambar Bernama
KOTA TINGGI: Mesyuarat Permukiman Jawatankuasa Pegawai Kanan bagi Komuniti Sosio-Budaya ASEAN (SOCA) sedang berlangsung di Desaru hari ini, dengan tumpuan kepada pengesahan Strategi Komuniti Sosio-Budaya ASEAN (ASCC) yang dijadualkan untuk diterima pakai semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 pada Mei 2025.
Mesyuarat yang dipengerusikan Setiausaha Agung Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Roslan Abdul Rahman itu diadakan bersempena Kepengerusian ASEAN-Malaysia tahun ini.
Kesemua 10 negara anggota ASEAN akan hadir pada permukiman ini kecuali Vietnam, yang akan menghadiri secara maya.
Selain itu, permukiman itu juga akan mengkaji semula Kajian Akhir Pelan Tindakan ASCC 2025 dan membincangkan keutamaan, hasil dan aktiviti Kepengerusian ASEAN-Malaysia bagi ASCC.
Bersama dengan teras Komuniti Keselamatan Politik ASEAN (ASPC) dan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC), ASCC memainkan peranan penting dalam merangka hala tuju ASCC untuk 20 tahun akan datang dengan arah yang berani, inklusif dan berfokuskan masa depan yang terkandung dalam Visi Komuniti ASEAN (ACV) 2045.
Malaysia secara rasmi memegang peranan sebagai Pengerusi ASEAN 2025 bermula 1 Jan lepas, menandakan kepegerusian buat kali kelima sejak penubuhan ASEAN pada 1967.
Lebih daripada 300 mesyuarat dan program besar dijadualkan berlangsung di seluruh negara sepanjang tahun ini.
Malaysia sebelum ini memegang Kepengerusian ASEAN pada 1977, 1997, 2005, dan 2015. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#ASEAN 2025
#Permukiman SOCA
#Komuniti Sosio-Budaya ASEAN
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan