JOHOR BAHRU: Meskipun pernah menguruskan hingga 18 jenazah pesakit COVID-19 dalam sehari, Faizah Hamezah tidak pernah berasa sukar dengan tugasnya sebagai pengendali jenazah demi menunaikan tuntutan fardu kifayah.
Biarpun terdapat gesaan daripada ahli keluarga untuk berhenti, namun wanita berusia 40 tahun itu terus cekal melaksanakan tugas murni berkenaan walaupun menyedari hakikat dan risiko besar yang dihadapinya.
Ibu kepada lima anak itu berkata, lama-kelamaan ahli keluarganya makin memahami dan memberi sokongan kepadanya untuk melunaskan peranan dan tanggungjawab dalam mengendalikan jenazah COVID-19 dengan sebaik mungkin sebagai saudara seagama.
"(Dalam sehari), adakalanya antara lima hingga enam jenazah perlu diuruskan dan paling banyak ialah saya perlu menguruskan 18 jenazah sehari. Sebelum ini, saya ada menguruskan jenazah HIV, namun saya rasa jenazah COVID-19 paling mencabar, apatah lagi kebanyakannya pesakit positif pada tahap lima.
"Pada mulanya ahli keluarga (saya sendiri) tidak bagi meneruskan (hasrat ini). Tetapi, saya maklumkan (kepada mereka) kalau saya tidak ke depan untuk membantu jenazah perempuan (COVID-19), siapa lagi yang akan melakukannya?," katanya ketika ditemui Bernama di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini baru-baru ini.
Menjelaskan mengenai tugasannya, Faizah berkata, beliau perlu sentiasa berada dalam keadaan bersedia untuk dipanggil menjalankan tugas yang diamanahkan itu memandangkan setiap hari pasti ada kematian disebabkan virus COVID-19.
"Untuk jenazah COVID-19, saya perlu memakai pakaian pelindung diri (PPE), setiap sudut pihak hospital akan tengok (dengan teliti) bagi mengesan sama ada berlaku kebocoran atau tidak dan saya perlu sentiasa sihat untuk menguruskan jenazah tersebut," katanya.
Faizah adalah antara yang dilantik oleh Jabatan Agama Islam Negeri Johor dan mendapat latihan terus daripada Kementerian Kesihatan (Jabatan Perubatan Forensik, HSAJB) sebagai petugas khas pengurusan jenazah COVID-19 (perempuan) untuk melaksanakan proses mentajhiz iaitu memandikan, mengkafankan, solat dan pengebumian jenazah.
Selain di HSA, beliau turut melaksanakan proses mentajhiz jenazah pesakit COVID-19 di Hospital Sultan Ismail di sini, sejak Mac tahun lepas.
Berpengalaman menguruskan jenazah muslimat sejak 16 tahun, Faizah berkata, antara pengalaman dan situasi meruntun jiwa ketika melaksanakan tugas adalah menyaksikan ahli keluarga mangsa COVID-19 tidak dapat bersama menguruskan jenazah.
Beliau berkata, bukan sahaja mereka tidak dapat melihat wajah jenazah buat kali terakhir, malah perlu menaruh sepenuh kepercayaan kepada petugas khas pengurusan jenazah COVID-19 untuk menyempurnakan pengebumian insan tersayang.
"Apa yang menyedihkan apabila waris dalam keadaan tidak tentu arah merayu-rayu supaya kami membenarkan mereka melihat jenazah (ketika pengecaman) lebih dari dua orang, tapi demi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kita memang tidak membenarkannya," katanya yang pernah bertugas sebagai guru pada 1999 hingga 2004.
Beliau berkata, jenazah muslim dan muslimat COVID-19 di sekitar daerah Johor Bahru dikebumikan di tiga lokasi tanah perkuburan Islam iaitu Tanah Perkuburan Islam Ar-Raudhah di Taman Mount Austin, Tanah Perkuburan Islam Taman Impian Emas di Skudai dan Tanah Perkuburan Islam Cahaya Masai di Pasir Gudang. - BERNAMA
Bernama
Sat Jul 10 2021
Biarpun terdapat gesaan daripada ahli keluarga untuk berhenti, namun, Faizah Hamezah terus cekal melaksanakan tugas murni berkenaan walaupun menyedari hakikat dan risiko besar yang dihadapinya. - Gambar BERNAMA
Jangan abai peruntukan untuk pembangunan sukan - Hannah
Kerajaan negeri dinasihatkan untuk tidak 'menganaktirikan' atau menganggap agihan peruntukan bagi tujuan pembangunan sukan tidak penting dalam belanjawan negeri.
Empat pelari yang memenangi acara separa maraton Beijing dilucutkan pingat
Penganjur acara separa maraton Beijing mengumumkan pada Jumaat bahawa empat pelari yang terlibat dalam perlumbaan kontroversi pada Ahad lepas telah dilucutkan pingat.
Park Jaehong ketua jurulatih baharu KDNFC
KDNFC hari ini mengumumkan Park Jaehong dari Korea Selatan sebagai ketua jurulatih yang baharu bagi membimbing pasukan itu dalam menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2024/25.
Konflik Myanmar: ASEAN tegas kepentingan laksana Konsensus Lima Perkara
ASEAN tegaskan semula komitmen bantu Myanmar cari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan Konsensus Lima Perkara.
AWANI Ringkas: Mangsa 8 tahun cedera dibuli anak jiran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Tonight: 19th April 2024
#AWANITonight with Saraya Mia
- Iran-Israel: No plan for immediate retaliation from Tehran
- Voters in India head to polls in world's biggest election
#AWANIenglish #AWANInews
- Iran-Israel: No plan for immediate retaliation from Tehran
- Voters in India head to polls in world's biggest election
#AWANIenglish #AWANInews
Imigresen tahan 49 warga asing tiada dokumen sah, tinggal lebih masa
Jabatan Imigresen Perlis menahan 49 warga asing yang dipercayai tidak memiliki dokumen yang sah dan tinggal lebih masa di negara ini.
MCE labur RM200 juta bina kemudahan di Serendah
MCE Holdings Bhd (MCE) akan melabur sekitar RM150 hingga RM200 juta dalam tempoh 10 tahun untuk membangunkan kemudahan baharu
ERL hantar 20 petugas bantu operasi Makkah Metro
Seramai 20 petugas berpengalaman Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) dihantar ke Arab Saudi bagi menyokong operasi perkhidmatan tren Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro atau lebih dikenali Makkah Metro.
RM30 juta untuk pembangunan semula sekolah daif SK Tamu Darat - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) memperuntukkan RM30 juta untuk membangunkan semula Sekolah Kebangsaan (SK) Tamu Darat di sini yang merupakan antara sekolah daif di negeri ini.
Pernah urus 18 jenazah pesakit COVID-19 sehari, Faizah cekal laksana fardu kifayah
Faizah Hamezah tidak pernah berasa sukar dengan tugasnya walaupun menyedari hakikat dan risiko besar yang dihadapinya.