Kerajaan berpendirian bahawa landasan perniagaan sama ada pengeluaran barangan atau perkhidmatan di negara ini adalah terbuka kepada semua kaum dan tidak boleh bersifat monopoli, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau berkata sebagai sebuah negara yang didiami pelbagai kaum, kerajaan perlu memastikan setiap penghasilan produk dan perkhidmatan hendaklah menepati aspek amalan perdagangan yang digariskan kerajaan, selain menjamin hak dan keperluan pengguna.
"Pendirian rasmi kerajaan... apa pun usaha perdagangan iaitu penghasilan barangan atau perkhidmatan, pertamanya tidak boleh bersifat monopoli dan iklim perniagaan yang sihat diutamakan, harga jualan mestilah kompetetif, penawaran produk dan perkhidmatan yang berkualiti, elemen halal tidak boleh diketepikan serta perlu melindungi hak dan pilihan pengguna," katanya pada sesi soal jawab lisan persidangan Dewan Rakyat pada Khamis.
Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan tambahan Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) yang ingin tahu apakah kerajaan menggalakkan kempen Dahulukan Produk Muslim (BMF).
BACA: #BMF bukan usaha boikot produk bukan Muslim - YPNM
Saifuddin Nasution berkata kerajaan juga berpendirian lebih ke arah pelaksanaan Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) demi memastikan ekosistem perniagaan kekal kompetitif, dan mementingkan hak pengguna.
Katanya, perkara paling utama yang wajar dilakukan setiap golongan usahawan adalah terus menyediakan produk dan perkhidmatan terbaik buat pengguna Islam dan bukan Islam atas dasar semangat kenegaraan.
BACA: Muslim atau bukan Muslim, landasan perniagaan terbuka untuk semua - Saifuddin
Terdahulu, semasa menjawab soalan Datuk Dr Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) yang meminta penjelasan sejauh manakah kerajaan melihat kempen BMF memberi kesan buruk untuk pertumbuhan ekonomi negara, Saifuddin Nasution berkata setakat ini kerajaan tidak mempunyai sebarang statistik mengenai impak kempen itu.
"Kempen ini baru dimulakan sekitar Julai hingga Ogos lalu dan untuk bercakap tentang kesannya (kempen BMF), kita perlu melihat pada data statistik. Secara kasar bagi sektor perdagangan, borong dan runcit untuk Oktober cuma memberikan angka terakhir setakat suku kedua tahun ini," katanya.
Setakat ini, kedudukan sektor berkenaan terus berkembang baik bagi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), dengan jumlah keseluruhan menyumbang RM58 bilion pada KDNK.
"Namun untuk mengaitkan kempen itu melibatkan kesannya sama ada baik atau buruk pada ekonomi negara kita masih belum ada data statistiknya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 24 2019
Saifuddin Nasution berkata kerajaan juga berpendirian lebih ke arah pelaksanaan Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) demi memastikan ekosistem perniagaan kekal kompetitif, dan mementingkan hak pengguna. - Gambar fail
Jangan kecam, politikkan penganjuran Jejak Harmoni - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) berharap penganjuran program Jejak Harmoni yang menyantuni pemimpin agama dan penganut di rumah-rumah ibadat di negara ini tidak dikecam atau dipolitikkan.
Agenda pemantapan tatakelola, integriti jadi asas utama SPRM
SPRM akan memastikan agenda pemantapan tatakelola serta penginstitusian integriti menjadi asas utama selain siasatan kes jenayah rasuah yang menjadi tugas agensi itu.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen positif pasaran serantau
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.91 mata kepada 1,575.16 daripada paras penutup 1,569.25 pada Khamis.
Pasukan sorak Malaysia raih tempat ketiga di Florida
Pasukan sorak Team Malaysia Youth All Girls meraih tempat ketiga divisyen Youth All-Girl Median di International Cheer Union World Junior Cheerleading Championship.
Freedom Flotilla to Gaza: Sekumpulan pakar PBB gesa laluan selamat bagi misi penghantaran bantuan
Sekumpulan pakar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar laluan selamat bagi misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Jumaat.
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MYAirline akan terus kekalkan barisan pemegang jawatan, dapatkan pelbagai pelabur
MYAirline Sdn Bhd akan terus mengekalkan barisan pemegang jawatan yang dilantik dan pengurusan utama selain memastikan dokumentasi Sijil Perakuan Pengendali Udaranya (AOC) kekal dalam keadaan terkini.
China sokong Malaysia untuk dapatkan pembangunan yang sesuai dan mainkan peranan dalam arena antarabangsa
China akan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan prinsip Malaysia MADANI dalam tadbir urus.
Perasuah semakin licik, perlu sokongan semua pihak terutama media - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media untuk membanterasnya.
BMF bantu golongan B40 miliki rumah - Vincent Tan
Vincent Tan percaya usaha sosial itu akan memudahkan pembinaan hartanah yang berkos bulanan rendah untuk dimiliki oleh golongan B40.
Selepas bentuk kerajaan, ke mana kempen BMF tajaan Pas, soal Faiz Fadzil
Faiz berkata, sikap membisu Pas dalam kempen itu selepas membentuk kerajaan membuktikan bahawa parti itu hanya mempolitikkan kempen tersebut.
Kempen BMF: Masjid perlu buka kedai runcit 24 jam - MPMMK
Fungsi masjid tidak seharusnya dihadkan kepada urusan ibadat semata-mata.
Peranan Jakim, kempen BMF antara tumpuan Parlimen hari ini
Turut dijangka menghangatkan persidangan adalah penjelasan berhubung tindakan diambil kerajaan bagi mengawal dan membanteras aktiviti penyeludupan barangan (transshipment) seperti beras dan gula.
Tanjung Piai Memilih: Kaum Cina tak mudah kena tipu - PM
Perdana Menteri berkata, kaum Cina di negara ini sudah melalui 14 pilihan raya umum termasuk beberapa pilihan raya kecil, dan mereka tidak akan mudah terperdaya dengan taktik mengelirukan itu.
UFC 244: Jorge Masvidal tumpaskan Nate Diaz untuk raih gelaran BMF
Jorge Masvidal berjaya meraih gelaran BMF selepas mengalahkan rakan senegaranya, Nate Diaz dalam aksi UFC 244 di Madison Square Garden, New York, pada Ahad.
Perniagaan tidak boleh bersifat monopoli
Kerajaan perlu memastikan setiap penghasilan produk dan perkhidmatan hendaklah menepati aspek amalan perdagangan yang digariskan kerajaan, selain menjamin hak dan keperluan pengguna.
Muslim atau bukan Muslim, landasan perniagaan terbuka untuk semua - Saifuddin
Kerajaan berpendirian landasan perniagaan harus terbuka kepada semua kaum di negara ini, selagi mana ia tidak bersifat monopoli serta menindas peluang untuk kaum lain.
UMMAH Perak beri tempoh dua minggu laksana kempen produk halal di masjid
Jika tiada sebarang maklum balas berhubung perkara itu, UMMAH Perak bertekad meneruskan jadual kempen Buy Muslim First (BMF).
Kempen membeli barangan Muslim tidak salah - Mohd Redzuan
Tidak salah dengan beli barangan Muslim ataupun barangan bukan Muslim kerana ia terpulang kepada citarasa pengguna itu sendiri yang membuat keputusan.