awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perompak bertopeng lesapkan RM1.14 juta dari pasaraya di Kuala Nerus

Astro Awani
Astro Awani
04/09/2016
05:01 MYT
Perompak bertopeng lesapkan RM1.14 juta dari pasaraya di Kuala Nerus
Menurut polis, empat pengawal keselamatan diikat sebelum diletakkan dalam stor berhampiran. - Foto Astro AWANI
Sebuah pasaraya di sini dirompak tujuh penjenayah bertopeng yang bertindak memecah dua mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dan tiga peti wang tunai, membabitkan kerugian RM1.14 juta.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah, kejadian berlaku kira-kira 2.15 pagi tadi ketika empat pengawal keselamatan sedang bertugas sebelum seorang daripadanya menyedari kehadiran kumpulan penjenayah ketika membuat rondaan.
Katanya, empat pengawal keselamatan diikat sebelum diletakkan dalam stor berhampiran.
Tujuh suspek berkenaan juga dipercayai warga asing.
"Daripada siasatan awal kita percaya penjenayah ini merupakan sama ada bangsa Kemboja ataupun Vietnam dan melihat kepada cara mereka bertindak itu saya percaya mereka ini profesinal dan biasa membuat kerja menggunakan peralatan grinder (penggerudi) dan dipercayai juga menggunakan peralatan oxy.
"Jadi kita sedang menyiasat daripada semua sudut perkara ini," katanya di sini hari ini.
Penjenayah berkenaan dipercayai bersenjatakan parang dan pistol yang terselit pada pinggang salah seorang suspek.
Mereka kemudian beredar meninggalkan lokasi kejadian pada 6.30 pagi dengan melarikan wang tunai hasil rompakan.
Wan Abd Aziz berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan dengan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan bersenjata.
Dalam pada itu, salah seorang pengawal keselamatan, Mohd Fathini Salam Mohd Razali menceritakan detik kejadian.
"Waktu itu saya sedang duduk, sedang mengaji dekat depan. Selepas itu saya dengar kawan saya menjerit dan saya bangun dan pergi tengok. Mereka kemudian datang dekat saya dan dengan parang, pistol sebelah kiri itu. Mereka cakap suruh beri kerjasama dan suruh saya ke belakang," katanya.
Polis bagaimanapun masih menyiasat kejadian.
Topic Berkaitan
#Kuala Nerus
#Mesin ATM
#mesin pengeluaran wang automatik
#Polis Terengganu
#rompak bank
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan