awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi, Turkiye sepakat tingkatkan kerjasama pertahanan melalui platform pelbagai hala
MEF sokong pengambilan terus pekerja asing, kurangkan kos dan eksploitasi
KKR laksana 99 projek baik pulih cerun libat kos RM77.3 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perpecahan DAP Kedah berpunca daripada anggota dalaman - Guan Eng

Bernama
Bernama
27/09/2014
02:09 MYT
Perpecahan DAP Kedah berpunca daripada anggota dalaman - Guan Eng
GUAN ENG: Perpecahan DAP Kedah berpunca daripada anggota dalaman. -Gambar fail
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata perpecahan parti itu di Kedah berlaku disebabkan ada anggotanya yang cuba mengelirukan anggota lain serta melakukan tindakan yang menggugat keutuhan parti.
Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata pihaknya kini menunggu laporan mengenai perkara tersebut daripada beberapa pihak, termasuk bekas Pengerusi Sementara DAP Kedah, Zairil Khir Johari yang dilantik oleh Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebelum ini.
"Mereka yang dikelirukan nak datang balik, kita terima dengan tangan terbuka. Untuk yang jadi dalang kita tunggu laporan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan DAP negeri di Dewan Himpunan Cina Kedah di sini hari ini.
Sebelum ini, DAP Pusat telah menggantikan pengurusan DAP Kedah termasuk bekas Pengerusinya, Lee Guan Aik dengan Zairil dilantik sebagai Pengerusi Sementara berkuat kuasa 10 Mei 2013.
Lee yang kecewa dengan perkara itu meminta DAP Pusat memberi penjelasan mengenai perkara itu kerana ia dilakukan tanpa perbincangan bersama jawatankuasa negeri terlebih dahulu.
Lee mendakwa pelantikan Zairil sebagai pengerusi sementara oleh parti itu tidak sah kerana tidak mematuhi prosedur perlembagaan parti dan mendakwa beliau masih pengerusi DAP Kedah yang sah.
Susulan pelantikan jawatankuasa interim yang dipilih oleh Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu, konflik dalaman berlaku dalam DAP Kedah apabila wujud dua kepimpinan.
Satu mesyuarat agung tahunan (AGM) parti DAP Kedah diadakan pada 11 Julai lalu dan Tan Chun Ping dipilih sebagai Pengerusi baharu.
Topic Berkaitan
#agm
#anggota
#CEC
#DAP
#eng
#guan
#Kedah
#zairil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan