Perpindahan ibu negara Indonesia dari Pulau Jawa ke Kalimantan bakal memberikan impak besar khususnya dalam perdagangan merentasi sempadan melibatkan Sarawak, kata Timbalan Ketua Menteri negeri itu, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.
Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan Sarawak berkata, rancangan negara jiran itu bakal memberikan kesan besar khususnya di kawasan utara negeri ini.
"Banyak lagi peluang yang harus kita fikirkan, dari segi perdagangan sempadan akan menjadi lebih besar," katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam dan Pelancaran Logo Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA) di Lawas, di utara negeri ini.
Menurutnya, perdagangan merentasi sempadan antara Sarawak dengan Kalimantan sudah berlaku sejak sekian lama, malah akan semakin meningkat sekiranya perpindahan ibu negara Indonesia dimuktamadkan.
"Pembangunan sempadan bersama boleh kita rancangkan dan kita memahami memang ada kebaikan dan keburukan ekoran perpindahan ibu negara ini, namun kalau kita merancangkannya betul-betul, kita akan mendapat manfaat yang lebih," katanya.
Awang Tengah yang juga pengerusi NRDA berkata, melalui agensi itu, kerajaan negeri juga bercadang untuk membangunkan industri hiliran minyak dan gas di daerah Lawas, khususnya dalam bidang petrokimia serta penapisan petroleum dan gas.
Menurutnya, kerajaan negeri sekarang dalam proses untuk melantik pakar bagi membuat kajian berhubung cadangan itu yang sudah menarik minat beberapa pelabur, selain kajian kemungkinan untuk membangunkan pelabuhan di Lawas.
Kajian juga akan dibuat berhubung perancangan induk pembangunan Limbang dan Lawas, dua daerah paling utara di Sarawak, dengan objektif untuk meningkatkan lagi perkembangan ekonomi di kawasan berkenaan.
"Kita mahu melihat kawasan kita (di utara Sarawak) dibangunkan dan disebabkan itu, kita telah pun melibatkan banyak pihak untuk merancang apa yang perlu diberikan keutamaan. Kita melantik perunding untuk membantu kita menjalankan kajian dan juga menyemak semula beberapa kajian yang telah dijalankan (sebelum ini)," katanya. - BERNAMA
Bernama
Sun Mar 08 2020
Awang Tengah Ali Hasan berkata, rancangan Indonesia bakal memberikan kesan besar khususnya di kawasan utara Sarawak. - Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Sarawak belajar bagaimana Australia urus populasi buaya
Delegasi kerajaan Sarawak diketuai Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan mengadakan lawatan kerja empat hari ke Australia untuk mengkaji kaedah sesuai bagi menguruskan populasi buaya.
SKM lulus biaya RM4.48 juta untuk koperasi di Sarawak tahun ini - Awang Tengah
Sebanyak 17 koperasi menerima kelulusan melalui SKM untuk menerima pembiayaan dan bantuan terbabit.
Lima lagi daratan di Sarawak diwartakan sebagai Kawasan Perlindungan Sepenuhnya
Sarawak telah menetapkan lima lagi kawasan daratan untuk diwartakan sebagai Kawasan Perlindungan Sepenuhnya (TPA) bagi mencapai sasaran satu juta hektar kawasan berkenaan menjelang 2025.
PRK Jepak: Jangan hiraukan pujukan untuk tidak keluar mengundi - Awang Tengah
Cubaan untuk mengelirukan pengundi itu boleh menjejaskan peratusan turun mengundi dalam PRK itu.
PRK Jepak: GPS akan umum manifesto - Awang Tengah
Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan memperkenalkan manifesto untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak dalam masa terdekat.
Kenal pasti rasuah bukan hanya tanggungjawab SPRM, juruaudit
Sebaliknya, Awang Tengah berkata, tugas itu merupakan tanggungjawab semua, terutamanya mereka yang berada dalam perkhidmatan awam.
Kemerdekaan ialah bebas corak negara ikut acuan sendiri - Awang Tengah
Kebebasan penting bagi memastikan Malaysia dibentuk tanpa pengaruh luar, sekali gus memastikan negara berada di landasan yang betul.
Pan Borneo: Sarawak dapatkan kelulusan lalui sebahagian kawasan wilayah Brunei
Kerajaan Sarawak sedang melihat persepakatan dari Brunei berhubung cadangan semula pembinaan Lebuhraya Pan Borneo (LPB) menghubungkan Sarawak dan Sabah yang akan melalui sebahagian kawasan negara itu.
Sarawak hanya terima lima peratus Bajet Pembangunan Negara - Awang Tengah
Awang Tengah menegaskan kerajaan baharu ini juga perlu menyediakan Sarawak dengan peruntukan yang lebih banyak bagi merapatkan jurang pembangunan antara Semenanjung Malaysia dan Sarawak.
Bintulu terima pelaburan lebih RM44 bilion menjelang 2023 - Awang Tengah
Sarawak Shell Bhd dan PTTEP HK Ltd Thailand dijangka menyuntik pelaburan berjumlah AS$10.0 bilion (RM44.1 bilion) untuk mengkomersialkan gas masam di kawasan luar pesisir Sarawak.