IPOH: Perpustakaan Awam Negeri Perak di Jalan Raja Dihilir di sini yang menjadi tumpuan umum ditutup selama setahun bermula 15 Januari lalu.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah berkata, penutupan itu bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penambahbaikan dan penyelenggaraan bangunan berkenaan.
Menurutnya, kerja-kerja yang melibatkan pembaikan bumbung dan lantai serta pendawaian itu dijadualkan siap pada Mei 2025 dengan kos RM2.7 juta di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR).
"Bahan bacaan yang ada di perpustakaan ini telah ditempatkan di dua unit rumah kedai yang kita sewa bagi tujuan keselamatan.
"Ada juga bahan-bahan ini yang kita hantar ke perpustakaan-perpustakaan cawangan di seluruh negeri.
"Jadi sepanjang penutupan ini, orang ramai boleh berkunjung ke semua perpustakaan cawangan dan desa yang ada di seluruh negeri untuk meneruskan aktiviti mereka khususnya menambah ilmu dan pengetahuan," katanya selepas mengadakan lawatan kerja ke Perpustakaan Awam Negeri Perak di sini hari ini.
Hadir sama, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri, Rafidah Abdul Aziz.
Khairudin berkata, kali terakhir bangunan tiga tingkat itu dinaik taraf pada 2002 lalu, namun hanya melibatkan bahagian tengah sahaja.
"Kali ini kita lakukan secara menyeluruh supaya tidak lagi berlaku masalah kebocoran dan sebagainya serta dapat memberi lebih keselesaan kepada pengguna apabila ianya siap nanti," katanya.
Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak itu turut memaklumkan, pembaharuan yang dibawa kepada perpustakaan itu adalah selari dengan usaha kerajaan negeri ke arah perpustakaan digital.
"Perpustakaan digital ini memang dalam perancangan, prosesnya akan kita laksanakan sebaik kerja-kerja naik taraf fizikal bangunan ini selesai," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Jan 19 2024
Khairudin melihat keretakan lantai yang berlaku ketika lawatan kerjanya ke Perpustakaan Awam Negeri Perak. - Foto Sinar Harian
Terbuka Singapura BWF: Lee Zii Jia tarik diri sebelum perlawanan pertama bermula
Naib juara Masters Malaysia, Lee Zii Jia, menarik diri saat terakhir sebelum perlawanan pertamanya di Terbuka Singapura, hari ini.
Risiko ancaman kecerdasan buatan (AI) tidak patut dilihat sebagai ancaman
Risiko ancaman kecerdasan buatan (AI) menggantikan keupayaan dan profesion wartawan tidak sepatutnya dilihat sebagai satu ancaman kepada kerjaya itu.
Menurut Bekas Dekan Komunikasi Universiti Sains Malaysia (USM), Datuk Dr. Adnan Hussein, ini kerana masalah itu mampu diatasi sekiranya wartawan di alaf ini mengambil peluang selangkah di hadapan teknologi itu, untuk mewujudkan keyakinan dalam kandungan berita yang disampaikan.
Menurut Bekas Dekan Komunikasi Universiti Sains Malaysia (USM), Datuk Dr. Adnan Hussein, ini kerana masalah itu mampu diatasi sekiranya wartawan di alaf ini mengambil peluang selangkah di hadapan teknologi itu, untuk mewujudkan keyakinan dalam kandungan berita yang disampaikan.
PDRM tahan 18 ahli kumpulan kongsi gelap TR
Seramai 18 ahli gabungan lima kongsi gelap dikenali sebagai kumpulan TR ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau dikenali sebagai Sosma atas kesalahan terlibat jenayah terancang.
KPDN gagalkan aktiviti seleweng diesel bersubsidi di Ipoh
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menumpaskan aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi dengan cara mengubah suai lori yang disertakan tangki tambahan untuk mengisi bahan api terbabit dalam serbuan di Ipoh, Perak, Jumaat lepas.
Pengamal media perlu pelihara etika, berintegriti sampaikan maklumat - TPM Fadillah
Pengamal media diingatkan untuk terus memelihara etika serta berintegriti dalam melaksana tugas menyampaikan maklumat tepat kepada masyarakat.
[TERKINI] KKM kesan produk kosmetik dikesan mengandungi racun berjadual
Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk-produk kosmetik kerana dikesan mengandungi racun berjadual.
KKM batal notifikasi tiga produk kosmetik mengandungi racun berjadual
KKM berkata produk terlibat adalah N Glowing EWSB, Karisma Golden Turmeric Cream dan SL Two Intensive.
PDRM terima laporan OKU dakwa dipukul pengawal peribadi diraja
Polis mengesahkan menerima laporan seorang pemandu e-hailing yang didakwa dipukul pengawal peribadi Tunku Mahkota Johor di sebuah hotel semalam.
Sembilan rumah kedai musnah terbakar
Sembilan unit rumah kedai jenis separuh kekal di Kampung Baru Jerkoh, Benta dekat sini musnah dalam kebakaran awal pagi Rabu.
Dua lelaki didakwa bunuh rakan
Seorang lelaki warga Myanmar dan rakannya warga tempatan, didakwa di Mahkamah Majistret Kuantan pada Rabu atas pertuduhan membunuh seorang lagi rakan mereka dua minggu lalu.
Perpustakaan Awam Negeri Perak ditutup setahun
Penutupan itu bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penambahbaikan dan penyelenggaraan bangunan berkenaan.