Persatuan Pengusaha-Pengusaha Bas Malaysia (PMBOA) pada Ahad berkata mereka mengalu-alukan pemansuhan subsidi diesel untuk bas ekspres dengan syarat penetapan tambang tidak dikawal kerajaan.
Presidennya Datuk Asfar Ali berkata membenarkan kuasa pasaran untuk menentukan harga akan membolehkan pengusaha menghadapi kos bahan api dan operasi yang lebih tinggi berikutan penghapusan subsidi.
"Pengendali bas ekspres menghadapi peningkatan dalam kos operasi kerana gaji yang lebih tinggi, kos bahan api dan alat-alat ganti.
"Kita tidak memerlukan subsidi tetapi biarlah mekanisme pasaran menentukan harga tambang bas ekspres" katanya kepada Astro Awani hari ini sebagai tindak balas kepada penghapusan subsidi bahan api untuk RON95 dan diesel mulai 1 Disember.
Bas ekspres mempunyai kuota 2,880 liter diesel subsidi sebulan.
Penyahkawalseliaan tambang juga katanya, akan membolehkan penumpang menikmati perkhidmatan yang lebih baik daripada pengusaha bas.
"Oleh kerana harga tambang dikawal kerajaan, kita tidak mampu untuk membeli bas yang lebih canggih dengan ciri-ciri keselamatan yang lebih baik. Kami tidak dapat menyediakan perkhidmatan yang lebih inovatif seperti muzik pelbagai saluran dan filem, kerusi yang lebih baik dan juga selimut" tambah Asfar.
Asfar berkata pengusaha bas tempatan turut berisiko kehilangan perniagaan apabila Kawasan Perdagangan Bebas Asean (Afta) mula berkuat kuasa tahun depan.
"Sebaik sahaja sempadan dibuka melalui skim Afta, pengendali bas dari Singapura, Thailand dan Indonesia akan beroperasi di sini. Kami tidak akan dapat bersaing dengan mereka jika kerajaan masih mengawal tambang" katanya.
Walaupun persatuan itu mengalu-alukan pemansuhan subsidi diesel bagi bas ekspres, Asfar berkata pengusaha bas henti-henti masih memerlukan subsidi untuk meneruskan perniagaan.
"Kos operasi adalah terlalu tinggi bagi bas henti-henti. Kebanyakan penumpang datang dari sektor berpendapatan rendah yang tidak mampu membayar tambang bas yang lebih tinggi. Mengekalkan harga tambang tanpa subsidi diesel boleh membuat syarikat-syarikat ini keluar dari perniagaannyaā€¯ katanya.
Pada masa ini, bas henti-henti mempunyai kuota 1,440 liter diesel subsidi sebulan.
Kerajaan, melalui Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) juga telah memperuntukkan RM400 Juta di bawah Peringkat Dana Sokongan Bas Interim untuk membantu pengusaha bas henti-henti yang sedang mengalami kerugian.
Inisiatif yang bermula pada 3 Januari 2012, bertindak sebagai langkah sementara untuk menampung kekurangan dalam operasi harian pengendali bas henti-henti yang terjejas, terutamanya di laluan sosial.
Cynthia Ng
Mon Nov 24 2014
ASFAR ALI: Oleh kerana harga tambang dikawal kerajaan, kita tidak mampu untuk membeli bas yang lebih canggih dengan ciri-ciri keselamatan yang lebih baik.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Persatuan Pengusaha Bas terima baik pemansuhan subsidi diesel asalkan...
Persatuan Pengusaha Bas mengalu-alukan pemansuhan subsidi diesel untuk bas ekspres dengan syarat penetapan tambang bas tidak dikawal kerajaan.