KUALA LUMPUR: Institusi kewartawanan termasuk persatuan wartawan perlu memainkan peranan yang lebih agresif untuk membolehkan komuniti pengamal media mendapat latihan dan bimbingan mengenai profesion itu.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata ia berikutan ilmu kewartawanan tidak boleh bergantung kepada pengajian formal dari institusi pengajian tinggi menerusi latihan akademik semata-mata.
"Kalau wartawan hendak jadi profesional, maka badan wartawan itu sendiri kena membuat latihan dan juga menetapkan garis panduan untuk menjadikannya sebagai satu entiti yang dianggap profesional," katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama TV dengan tajuk HAWANA 2022: Kewartawanan Aspirasi Keluarga Malaysia.
Dalam program itu, Annuar turut menasihatkan persatuan wartawan agar bersatu, fokus serta membina profesion kewartawanan dengan cara yang sepatutnya.
"Kalau persatuan wartawan asyik berpecah, masih suka buka persatuan banyak-banyak yang jaga kebajikan ahli sahaja tidak melihat kepada skop profesion kewartawanan... maka kita akan menjadi berpecah, akan jadi lemah dan mungkin berbalah dan akhirnya kita hilang arah tujuan," katanya.
Sementara itu, katanya adalah amat penting persatuan wartawan yang ada di negara ini mengadakan lebih banyak program latihan untuk memperkasakan kewibawaan pengamal media.
"Saya nak tengok supaya persatuan wartawan ini bersama-sama, jangan ada terlalu banyak cabang, kalau dah ada pelbagai (persatuan) tidak apa, yang penting duduk bersama dan wujudkan platform untuk semua kongsi visi yang sama," katanya kepada Bernama selepas program itu.
Tambah Annuar, peranan persatuan memberi latihan melalui program dianjur merupakan satu langkah terbaik bagi meningkatkan profesional wartawan itu sendiri supaya insiden seperti menulis berita bukan berdasarkan fakta, tidak berlaku.
Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia Indonesia (ISWAMI) akan menjadi penggerak utama penganjuran HAWANA 2022, dengan disokong Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) dan turut melibatkan organisasi, persatuan dan pengamal media lain.
HAWANA 2022 yang bakal berlangsung Ahad ini di Melaka, dianjurkan bagi mengiktiraf peranan golongan wartawan dan pengamal media Malaysia, selain platform kepada pengamal media untuk berkongsi pendapat dan meningkatkan pembangunan dan pertumbuhan industri media di Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 26 2022
Annuar pada temu bual bersama pengacara Program Ruang Bicara Sherkawi Jirim sempena HAWANA 2022 bertajuk 'Kewartawanan Aspirasi Keluarga Malaysia' di Wisma BERNAMA, Kuala Lumpur, 26 Mei 2022. -- fotoBERNAMA
Anda kelak boleh seru Google Gemini dengan memanggil 'Hey, Gemini'
Gemini iaitu chatbot AI Google yang secara perlahan akan menjadi pembantu maya/digital baharu menggantikan Google Assistant.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Misteri 'fenomena UFO' undang resah
Rangkaian media melaporkan insiden itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi dan teori konspirasi di platform media sosial.
Annuar sifatkan Pas konsisten dalam perjuangan, pilihan tepat pimpin ummah Malaysia
Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa yakin PAS adalah pilihan yang tepat untuk memimpin ummah di Malaysia.
'MN Sabah tak dibubar, akan selesai isu 24 jam' - Annuar Musa
Annuar Musa menegaskan bahawa MN Sabah tidak dibubarkan dan ia berjalan seperti biasa dengan sokongan daripada timbalan dan naib pengerusi serta ahli jawatankuasa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu.
Muafakat Nasional Sabah dibubar - Pengerusi
Kesemua 30 Ahli Jawatankuasa mengambil keputusan untuk keluar daripada Muafakat Nasional (MN) Sabah.
PRK Nenggiri: Ahmad Zahid sedia siasat dakwaan BN guna aset kerajaan
Ahmad Zahid sedia melakukan siasatan berhubung dakwaan bahawa jentera BN menggunakan aset kerajaan semasa berkempen bagi PRK Nenggiri.
Nazri Aziz sertai Muafakat Nasional
Ketua UMNO Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Muafakat Nasional (MN).
Annuar Musa balas sindiran Ahmad Jazlan
Annuar membalas sindiran dilakukan Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub yang mendakwa dirinya umpama kemuncup di seluar dalam.
Jangan talkinkan TRW - Annuar Musa
Bekas Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, mengenangkan nasib yang menimpa bola sepak Kelantan, baru-baru ini.
Annuar Musa sedia kembali ke politik jika dipelawa menjadi calon
"Memaksa diri untuk (dicalon atau bertanding) bukan cara saya."
Rafizi bidas Annuar Musa dakwa kerajaan gagal kawal ekonomi
Rafizi berkata, keutamaan dalam 2023 adalah menstabilkan harga barang dengan menurunkan inflasi kerana ia membolehkannya tidak terus melonjak naik sepertimana dialami kerajaan sebelum ini.
Pengarah Hydroshoppe dapatkan pasport untuk lawatan kerja
Mahkamah membenarkan Pengarah Hydroshoppe, Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh mendapatkan sementara pasport.