PERSARAAN merupakan satu fasa kehidupan penting yang dialami oleh seseorang individu berkerjaya.
Ia merupakan salah satu detik perubahan yang ketara dalam hidup di mana berlakunya kehilangan dalam pelbagai bentuk termasuk pendapatan, aktiviti, identiti diri dan rakan-rakan sekerja.
Kesemua perkara ini sebelumnya bertindak sebagai sumber sokongan ke atas seseorang individu.
Kehilangan yang berlaku boleh mendatangkan impak psikologi sekiranya mereka tidak bersedia dengan baik dalam menghadapi perubahan.
Ini kerana, adakalanya persaraan boleh menjadi bebanan kepada diri seseorang.
Oleh itu, persiapan menghadapi persaraan ini adalah amat dinasihatkan.
Mengapakah persaraan merupakan satu fasa kehidupan yang agak unik?
Ketika bersara, secara umumnya seseorang itu telah pun berusia di antara 55 sehingga 60 tahun.
Perlu dijelaskan bahawa apabila sesorang itu mula memasuki usia warga emas, terdapat beberapa perubahan yang dialami dari aspek fizikal dan pemikiran secara umumnya iaitu:
1) Dari aspek fizikal
Semakin berkurangan produktiviti disebabkan oleh berlakunya perubahan fizikal yang ketara di samping daya ingatan, pendengaran, penglihatan dan ketajaman pemikiran menjadi semakin lemah.
2) Dari aspek pemikiran
Ini merupakan waktu untuk merenung semula segala pencapaian diri (refleksi diri) dan seterusnya membentuk integriti diri.
Sekiranya seseorang itu melihat dirinya sebagai seorang yang berjaya dalam hidup, sama ada dalam kerjaya mahupun kehidupan berkeluarga, beliau akan berasa gembira dan puas hati terhadap pencapaiannya.
Tetapi, jika seseorang individu melihat dirinya sebagai seorang yang tidak produktif, maka beliau akan berasa bersalah dan tidak berpuas hati kerana tidak mencapai matlamat hidupnya.
Perasaan ini adakalanya boleh membawa kepada kemurungan.
Menurut pakar psikologi, Erik Erikson, fasa ini dikenali sebagai fasa 'Integrity Versus despair' dalam teori pembentukan psikososial.
Perlu diingatkan bahawa pada usia ini juga terdapat perbagai isu dan cabaran lain yang dihadapi dalam kehidupan seperti isu kesihatan yang semakin merosot, kewangan, kesunyian kerana anak-anak yang tidak lagi sebumbung serta kematian pasangan atau teman-teman rapat.
Ini menyebabkan mereka lebih mudah mendapat impak psikologi seperti keresahan dan kemurungan.
Setiap individu menghadapi persaraan dengan cara dan impak yang berlainan bergantung kepada persediaan mental, perancangan, personaliti, persekitaran serta sumber yang ada.
Menariknya, persaraan memberi tahap kepuasan serta impak yang berbeza kepada pasangan suami dan isteri terutama jika pasangan ini bersara pada jangka waktu yang berbeza.
Terdapat satu kajian oleh Dr Moen and Jungmeen Kim pada tahun 1999 yang mendapati bahawa:
1) Wanita yang baru bersara lebih cenderung untuk mengalami kemurungan berbanding wanita yang telah atau belum bersara, terutamanya jika suami mereka masih bekerja.
2) Lelaki yang baru bersara lebih cenderung untuk mengalami konflik perkahwinan berbanding lelaki yang belum bersara, terutamanya jika mempunyai isteri yang masih bekerja.
3) Lelaki yang bersara dan kemudianya bekerja semula lebih bersemangat dan berkeyakinan berbanding jika kedua-dua pasangan suami isteri yang tidak bekerja.
Untuk menghadapi persaraan dengan baik, seseorang itu disarankan untuk melihat persaraan sebagai suatu perubahan kerjaya daripada meletakkanya sebagai sebuah penghujung atau titik noktah.
Terdapat satu kajian oleh pakar psikologi dari Amerika Syarikat, Profesor Norman Abeles yang mendapati bahawa mereka yang kekal aktif selepas bersara dengan pelbagai bentuk aktiviti seperti kerja-kerja berpersatuan, kebajikan, meneruskan pengajian dan sebagainya merupakan mereka yang gembira dengan kehidupan selepas persaraan.
Saranan untuk persiapan sebelum bersara
Sebelum anda bersara, terdapat beberapa langkah yang perlu dilakukan bagi menghadapi persaraan dengan lebih baik.
Semua ini penting bagi memastikan tidak berlaku penyesalan atau perasaan terkilan terutamanya jika anda berhasrat untuk bersara lebih awal dari yang sepatutnya.
1. Pastikan anda benar-benar telah bersedia untuk berhenti dari melakukan pekerjaan sekarang. Nilai sama ada anda telah berpuas hati dengan sumbangan anda terhadap organisasi dan selesaikan sebarang isu di tempat kerja.
2. Tentukan ekspektasi anda apabila bersara kelak. Fokus kepada perkara yang akan membahagiakan anda dalam menjalani kehidupan bersara.
3. Pastikan anda telah membuat persiapan yang lengkap atau sewajarnya untuk meniti usia tua. Ini termasuk dari aspek kewangan, pelan kesihatan serta aktiviti yang ingin dilaksanakan.
4. Rancang program dan aktiviti untuk memaksimum dan mengekalkan fungsi-fungsi kognitif bagi mengelakkan nyanyuk dan mengekalkan kesihatan optimum.
5. Pastikan anda tahu tentang hak-hak atau kemudahan yang boleh diperoleh selaku warga pencen.
Apakah saranan untuk mental yang sihat selepas bersara?
1) Terus menyumbang serta melabur masa dengan aktiviti untuk membangunkan generasi muda dari segi idea, pandangan dan nilai-nilai kehidupan.
2) Penglibatan dalam aktiviti sukarelawan boleh meningkatkan tahap kesejahteraan minda, kepuasan hidup, mengurangkan kadar gejala kemurungan dan tekanan.
3) Tingkatkan aspek-aspek spiritual.
4) Berbangga dengan pencapaian dan sumbangan diri terhadap organisasi serta masyarakat. Tinggalkan legasi personal atau profesional, sama ada di tempat kerja atau dalam kehidupan seharian.
5) Terima dan fahami perubahan-perubahan yang berlaku pada diri sebagai satu kitaran hidup yang normal.
6) Pelajari kaedah-kaedah untuk menangani stres dengan berkesan dan jaga kesihatan anda dengan baik. Aktiviti fizikal dan senaman juga dapat membantu.
7) Pergi bercuti dan luangkan masa bersama insan tersayang.
8) Cari hobi untuk mengisi masa lapang.
9) Terus kekalkan aktiviti sosial serta hubungan bersama rakan-rakan.
10) Berikan penghargaan kepada diri anda atas segala penat lelah selama ini.
Kesimpulannya, persediaan persaraan perlu dilakukan pada peringkat awal bagi memudahkan perancangan dibuat serta mengelakkan berlakunya impak psikologi selepas bersara.
Perancangan tersebut perlu menyeluruh dan meliputi aspek persediaan mental, kesihatan, kewangan, spiritual, hobi serta aktiviti-aktiviti lain yang membantu dalam kesejahteraan minda.
* Penulis adalah Pakar Perunding Psikiatri Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh, Pahang.
** Penulisan artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Dr Firdaus Abdul Gani
Sat May 01 2021
Untuk menghadapi persaraan dengan baik, seseorang itu disarankan untuk melihat persaraan sebagai suatu perubahan kerjaya daripada meletakkanya sebagai sebuah penghujung atau titik noktah. -Freepik
Tumpuan Jumaat - 29 Mac 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (28 Mac 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 28 Mac 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hampir 10,000 sertai Majlis Iftar MADANI bersama PM sempena Nuzul al-Quran
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa berbuka puasa bersama hampir 10,000 orang bersempena cuti Nuzul al-Quran di Dataran Putra di sini.
Lebih 70,000 peserta FELCRA sudah terima dividen bernilai RM74 juta
FELCRA Berhad sudah mengagihkan bayaran dividen kepada lebih 70,000 peserta di seluruh negara bernilai RM74 juta bagi musim ketiga tahun lalu.
Dua mayat ditemukan selepas jambatan di Baltimore runtuh
Jasad dua daripada enam pekerja pembinaan yang hilang daripada jambatan yang runtuh di Baltimore, Amerika Syarikat ditemukan, kata pihak berkuasa pada Rabu.
KPDN Sabah terima 67 serahan kes dengan nilai rampasan lebih RM2 juta
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah menerima 67 serahan kes daripada agensi penguat kuasa lain dengan nilai rampasan RM2.01 juta sejak Januari lalu hingga hari ini.
Lapan pendatang tanpa izin dihukum penjara enam bulan di Kelantan
Lapan individu dihukum penjara enam bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Khas bagi Pendatang Asing Tanpa Izin di Tanah Merah semalam.
Lebih banyak kolaborasi bidang TVET antara Malaysia dan China - Ahmad Zahid
Malaysia dan China akan mengadakan lebih banyak kolaborasi dalam Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi memperkasa bidang itu.
Sistem PADU penting untuk bantu kerajaaan rangka program manfaatkan rakyat - Mohd Uzir
Keperluan untuk mendaftar dengan sistem PADU penting supaya kerajaan dapat merangka program yang boleh dilaksanakan dengan berkesan bagi memberi manfaat kepada rakyat.
Kes ugut bunuh Dr Akmal: Warga emas ditahan
Suspek berusia 68 tahun itu ditahan kira-kira pukul 4 petang tadi di sekitar kawasan Kandang, Melaka Tengah.
JPJ akhiri penantian 40 tahun warga emas dapat lesen
Henry yang berasal dari Kampung Sungai Kut Muara, Dalat merupakan peserta paling tua program itu hanya berpendidikan setakat darjah tiga pada tahun 1970-an.
Pulau Pinang anjur ACHA 2024
Persidangan itu bertujuan membuka jalan bagi memahami dan menangani cabaran ditimbulkan oleh penduduk yang semakin tua.
Polis rampas pistol warga emas
Polis merampas sepucuk pistol yang disyaki digunakan seorang warga emas yang tidak berpuas hati dengan ejen penarik kereta, yang video kejadian itu jadi tular di media sosial baru-baru ini.
Wanita warga emas maut dalam kebakaran
Kebakaran melibatkan rumah jenis teres yang terbakar sekitar 60 peratus serta sebuah kenderaan.
KESUMA teliti Skim Perlindungan Sosial 24 jam, insurans penjagaan warga emas
KESUMA sedang membuat kajian dan penelitian untuk memperkenalkan skim perlindungan keselamatan sosial yang berkuat kuasa 24 jam dan LTCI bagi penjagaan warga emas.
Warga emas dituduh bunuh abang, kakak ipar guna sabit sawit
Seorang lelaki warga emas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas dua pertuduhan membunuh abang dan kakak iparnya menggunakan sabit pengait sawit, minggu lalu.
Warga emas ditahan cuba seludup diesel - KPDN Kelantan
KPDN Kelantan rampas 186 liter diesel dan menahan seorang warga emas menerusi Op Pencegahan Ketirisan Barang Kawalan sekitar sempadan.
Warga emas antara tiga maut dalam kemalangan
Seorang wanita warga emas antara tiga yang maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Lebuhraya Pasir Gudang di Taman Permas Jaya malam tadi.