KUCHING: Persefahaman yang dicapai antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) perlu diterjemahkan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Malah Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, persefahaman yang dicapai khususnya pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) Sarawak dihormati kedua-dua pihak.
Sehubungan itu, beliau berharap kerusi Parlimen yang disandang Bersatu dapat dikekalkan pada PRU15.
“Kita sudah ada persefahaman untuk negeri kita sokong GPS, tetapi bila PRU nanti kita harap ada persefahaman di mana ada calon daripada parti Perikatan Nasional (PN), Bersatu bertanding di mana-mana kerusi, yang mana kita sudah kuasai.
“Kita fikir sesuai untuk dimenangi dan itu kita fikir akan menguatkan lagi kerajaan negeri dan Persekutuan. Jadi itu adalah persefahaman. Saya nak letakkan rekod (penjelasan) di sini agar penyokong kita tidak kecewa. Saya fikir kita perlu iktiraf di satu-satu kerusi, sebagai contoh di kawasan Parlimen Bintulu, kita ada 20,000 ahli Bersatu.
“Di situ, kita ada satu kerusi namanya Kemena. Di situ jumlah pengundi saya rasa dalam 17,000 tetapi pengundi dalam parti saya hampir 13,000. Jadi secara kasar, kalau kita bertanding ia boleh membantu kemenangan juga,” katanya dalam sidang media selepas sesi Town Hall Bersama Majlis Pemulihan Negara (MPN).
Mengulas lanjut, Pengerusi PN itu menambah GPS telah menunjukkan sokongan yang tidak berbelah-bahagi ketika beliau menjadi Perdana Menteri, sekali gus membolehkan pembentukan Kerajaan Persekutuan.
Jelas beliau, apa yang akan dilakukan pada masa akan datang ialah mengukuhkan lagi kerjasama tersebut, termasuk melalui penyertaan Bersatu pada pilihan raya akan datang.
“
“Tetapi ini sudah tentu bukan masa yang sesuai untuk bercakap mengenainya. Buat masa ini, (tumpuan) adalah memastikan kemenangan GPS pada PRN Sarawak,” tambahnya.
Hasimi Muhamad
Wed Dec 15 2021
Justeru, beliau berharap kerusi yang dipertahankan Bersatu dapat dikekalkan pada PRU15.
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Ferrari tidak lagi tawarkan sistem navigasi GPS dalam kenderaan
Keputusan diambil kerana Ferrari menyedari aplikasi GPS pada telefon adalah lebih baik berbanding sistem GPS yang ditawarkan dalam kenderaan.
Kereta 'sangkut' di jambatan gantung gara-gara GPS
Seorang wanita di Thailand berdepan detik cemas apabila kereta dipandunya 'tersangkut' di jambatan gantung gara-gara mengikuti arah jalan menerusi aplikasi Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS).
Abang Johari beri jaminan tutup episod tebuk atap, kata PM
Perdana Menteri berkata, Abang Johari turut mengulangi pendirian tegas dan tidak akan bertolak ansur untuk mengekalkan Kerajaan Perpaduan sehingga pilihan raya umum akan datang.
GPS kekal kuasai DUN Jepak
Keputusan diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Jepak pada 8.30 malam di pusat penjumlahan undi di Dewan Suarah Bintulu.
Hari pengundian PRK Jepak ibarat duduki 'peperiksaan' - Calon GPS
Iskandar Turkee menyifatkan hari pengundian pada 4 Nov ini ibarat menduduki peperiksaan kenaikan pangkat sewaktu dalam perkhidmatan awam.
PRK Jepak: Manifesto GPS tawar 14 aku janji
Gabungan Parti Sarawak (GPS) hari ini melancarkan manifestonya untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak.
GPS tak mungkin capai kekuatan sekarang tanpa perpaduan ahli
GPS tidak mungkin dapat mencapai kekuatan politik yang dikecapinya sekarang, jika ahlinya gagal memupuk perpaduan dalam kalangan mereka.
Iskandar sudah tahu apa perlu dilakukan di Jepak
Iskandar menjadi pilihan GPS sebagai calon untuk mengekalkan kerusi DUN Jepak dalam PRK ini.
PRK Jepak: BN sedia bantu GPS jika diminta - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia membantu Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak, Sarawak sekiranya diminta berbuat demikian.
PRN: Menteri, Timbalan Menteri GPS akan bantu calon Kerajaan Perpaduan - Abang Jo
Pengerusi GPS Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata keputusan itu dipersetujui susulan mesyuarat Majlis Tertinggi gabungan itu malam ini.