Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari menafikan dakwaan dalam laman sosial kononnya tidak wujud persefahaman antara tiga negara - Malaysia, China dan Australia - dalam misi mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak 8 Mac lepas.
Beliau berkata spekulasi negatif yang tersebar dalam media sosial itu adalah sangat tidak tepat kerana kerjasama yang terjalin antara ketiga-tiga negara ketika ini berjalan dengan lancar dan saling memahami.
"Malah empat jawatankuasa kecil yang tubuhkan kerajaan iaitu Jawatankuasa Penugasan Aset, Jawatankuasa Teknikal dan Logistik, Jawatankuasa Waris dan Jawatankuasa Perhubungan, Komunikasi dan Media itu sendiri bertujuan untuk menyalurkan semua maklumat berkaitan dengan tersusun dan tepat.
"Saya baru sahaja mengadakan pertemuan empat mata dengan rakan sejawat dari China di Beijing, minggu lalu dan pada asasnya mereka menerima bahawa Malaysia sangat komited dengan usaha pencarian ini tanpa menyembunyikan sebarang maklumat dan fakta," katanya.
Jailani yang merupakan pengerusi Jawatankuasa Perhubungan, Komunikasi dan Media berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan khas kejatuhan harga getah RM500 seorang kepada 300 pekebun kecil di sini Isnin.
Berhubung dakwaan terbaru kononnya pesawat itu masih selamat di sebuah lokasi rahsia, Jailani berkata ia dilakukan oleh pihak tertentu yang mahu menjadi popular dengan berita sensasi seumpama itu.
"Bagaimana Malaysia mahu menyembunyikan fakta seperti itu sedangkan sebanyak 26 buah negara terlibat dalam operasi dan menyelamat MH370 selama ini, malah dalam setiap perbincangan sama ada di Canberra atau Beijing, kerajaan Australia dan kerajaan China turut hadir untuk mengetahui perkembangan terbaharu pesawat itu.
"Saya sekali lagi menegaskan rakyat agar tidak mudah terpedaya dengan media sosial ini, sebaliknya rujuklah media arus perdana untuk maklumat yang terkini dan tepat," katanya.
Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), sebagai media utama kerajaan juga akan terus melaporkan tentang usaha mencari pesawat itu, katanya.
MH370 yang dalam penerbangan ke Beijing membawa 239 penumpang dan 12 anak kapal hilang daripada imbasan radar semasa berada di ruang udara Laut China Selatan pada 8 Mac lepas, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 12.41 tengah malam.
Misi pencarian yang disertai pelbagai negara dikerah, mula-mula di Laut China Selatan dan kemudian diperluaskan ke Selat Melaka dan Laut Andaman sebelum pasukan mencari beralih tumpuan ke kawasan perairan di barat Australia di selatan Lautan Hindi.
Bernama
Mon Jul 07 2014
JAILANI: Semua negara menerima komitmen Malaysia dalam usaha pencarian tanpa menyembunyikan sebarang maklumat dan fakta. -gambar fail
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
Pesawat Qantas mendarat cemas di Lapangan Terbang Brisbane
Sebuah penerbangan domestik Qantas melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Brisbane, timur laut Australia pada Selasa.
Australia lulus undang-undang larang kanak-kanak guna media sosial
Berkuat kuasa penghujung 2025, individu berusia 16 tahun ke bawah akan dihalang daripada menggunakan platform seperti TikTok, Instagram, Snapchat, Facebook, Reddit dan X.
Kerajaan Australia batal cadangan undang-undang kawal maklumat salah
Kerajaan Australia secara rasmi menolak cadangan undang-undang yang akan mewajibkan syarikat media sosial untuk mengawal maklumat salah dan palsu di platform mereka.
Perniagaan Australia diwajibkan terima bayaran secara tunai
Perniagaan di Australia akan diwajibkan menerima bayaran secara tunai bagi barangan dan perkhidmatan penting di bawah mandat kerajaan.
Australia akan perkenal RUU haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
Pengharaman adalah secara menyeluruh walaupun pengguna menerima kebenaran daripada ibu bapa mereka.
Ahli farmasi warga Malaysia maut ditikam berulang kali di Melbourne
Seorang ahli farmasi warga Malaysia dibunuh di timur laut Melbourne, Australia pada Rabu lalu.
SOJC: Great Britain muncul juara kali keempat
Kemenangan skuad kendalian Jon Bleby itu ialah kali yang keempat selepas menjulang piala edisi 2015, 2018 dan 2019.
Raja Ilya selamat lahirkan bayi seberat 4.7kg di Australia, beri nama Royal Abraham
Raja Ilya meluahkan rasa syukur selepas menjalani pembedahan melahirkan bayi lelaki seberat 4.7 kilogram itu.
Kelayakan Piala Dunia: Australia musnahkan rekod sempurna Jepun
Gol sendiri Shogo Taniguchi memberi Australia kelebihan pada minit ke-58 tetapi kesilapan Camron Burgess menyelamatkan maruah Samurai Biru.
Australia minta rakyat tinggalkan Israel segera
Australia telah mengemas kini nasihat perjalanan untuk rakyatnya di Israel, menggesa mereka meninggalkan Israel dengan kadar segera.