Skip to main content

Malaysia

Persepsi penjenayah wajar ditembak harus dikikis - Akhbar Satar

81376191467_295x200.jpg
Pandangan bahawa penjenayah sememangnya wajar ditembak seharusnya dikikis dari minda rakyat.

Itu pandangan penganalisis jenayah Datuk Akhbar Satar dalam reaksi beliau terhadap persepsi adalah tidak mengapa untuk menembak penjenayah susulan peningkatan kes tembakan sejak kebelakangan ini.

Akhbar berkata tiada sesiapa mempunyai hak untuk  mengambil tindakan undang-undang secara sendirian dan persepsi seperti itu seharusnya dihapuskan sama sekali.

โ€œKita masyarakat bertamadun. Kita ada undang-undang yang perlu kita patuhi. Kita tidak boleh tembak orang yang tembak rakan kita.

โ€œItu adalah salah. Kita ada undang-undang untuk menghukum orang seperti ini.โ€

Akhbar berkata media juga perlu memainkan peranan penting untuk membentuk persepsi orang ramai.

"Media boleh dipersalahkan apabila persepsi orang ramai menjurus kepada penjenayah patut ditembak. Media tidak seharusnya mengelirukan pembaca dengan membentuk persepsi mereka secara negatif," katanya.

Baru-baru ini, kes tembakan dilaporkan semakin meningkat dengan sekurang-kurangnya seorang ditembak setiap sehari.

Sejak 12 April, lebih 30 kejadian tembakan dilaporkan di negara dengan 24 mangsa yang mati.

Advertisement

Must Watch Video