awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Semua ADUN Bersatu akan dilantik sebagai Exco - MB Perlis
Jumpa di London, lima kali Muhyiddin kata sedia lepaskan jawatan - Annuar
China lanjutkan pengurangan yuran visa untuk rakyat Malaysia hingga 31 Dis 2026

Persiaran Institut Seksyen 1 ditukar ke Persiaran Tun Arshad Ayub

Sinar Harian
Sinar Harian
23/06/2022
23:45 MYT
Persiaran Institut Seksyen 1 ditukar ke Persiaran Tun Arshad Ayub
Persiaran Institut Seksyen 1 ditukar ke Persiaran Tun Arshad Ayub sebagai mengenang jasa Allahyarham sebagai tokoh pendidikan. Gambar kecil: Tun Arshad
SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan nama Persiaran Institut di Seksyen 1, Shah Alam ditukar kepada Persiaran Tun Arshad Ayub.
Menerusi hantaran di laman Facebook Selangor Royal Office pada Khamis, nama baharu itu diambil bersempena nama Pengarah Institut Teknologi Mara (ITM) pertama yang kini dikenali sebagai Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Menurut kenyataan itu, penukaran nama persiaran itu adalah bagi mengenang jasa Allahyarham yang merupakan tokoh pendidikan negara yang dihormati dan disegani.
"Allahyarham banyak berjasa dalam memperkasakan sistem pengajian tinggi di negara ini khususnya pembangunan UiTM, " menurut kenyataan pada Khamis.
Kata kenyataan itu, titah baginda telah diluluskan dan akan dikuat kuasa serta-merta oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
Tambah kenyataan itu, persiaran itu merangkumi jalan sepanjang 1.62 kilometer bermula Bulatan Bistari Seksyen 2 (di hadapan pintu masuk utama UiTM) hingga ke persimpangan lampu isyarat (berhampiran Universiti Selangor) Seksyen 7.
Tun Arshad meninggal dunia 14 Jun lalu di usia 93 tahun ketika menerima rawatan di sebuah hospital. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Persiaran Tun Arshad Ayub
#Persiaran Institut Seksyen 1
#Sultan Sharafuddin Idris Shah
#nama jalan ditukar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.