awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Persidangan Dewan Rakyat hingga lewat malam tidak perlu

Bernama
Bernama
14/08/2018
09:18 MYT
Persidangan Dewan Rakyat hingga lewat malam tidak perlu
Salahuddin mencadangkan agar bilangan hari persidangan dilanjutkan sekiranya perlu berbanding tempoh persidangan yang panjang. - Gambar fail
Persidangan Dewan Rakyat tidak perlu dilanjutkan sehingga tengah malam kerana ia akan mempengaruhi kualiti, topik serta skop sesuatu perbahasan, kata Anggota Parlimen Pulai Datuk Salahuddin Ayub.
Beliau berkata keputusan untuk mengehadkan tempoh persidangan Dewan Rakyat pada setiap hari adalah tindakan yang sangat wajar.
"Jika perbahasan itu sampai ke tengah malam, kualitinya akan berkurangan dan fokus juga boleh hilang. Jadi lebih baiklah kita mengehadkan pada suatu tempoh yang munasabah. Jika terpaksa dilakukan sehingga lewat malam, jangan lebih pukul 9 malam kerana ia masa yang efisien," katanya kepada Bernama di lobi Parlimen di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Speaker Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusof yang dipetik dalam laporan sebuah portal akhbar berbahasa Inggeris, Ahad lepas sebagai berkata beliau tidak mahu persidangan Dewan Rakyat dilanjutkan sehingga tengah malam.
Salahuddin yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani turut mencadangkan agar bilangan hari persidangan dilanjutkan sekiranya perlu berbanding tempoh persidangan yang panjang.
Senada dengannya Anggota Parlimen Titiwangsa yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar Rina Mohd Harun yang berpendapat perjalanan persidangan yang sistematik dapat memastikan perbahasan lebih efektif dan bermanfaat.
"Sebenarnya, perbahasan yang lebih efektif tidak sampai ke tengah malam pun. Jadi jika masa itu lebih terhad dan dikawal, fokusnya akan lebih kepada isu-isu yang berkaitan dengan apa yang dibahaskan," katanya.
Turut menyambut baik saranan itu ialah Anggota Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan yang berpendapat tempoh yang panjang sesuai hanya sekiranya terdapat keperluan tertentu.
"Saya pernah berucap berkaitan satu Rang Undang-undang (RUU) pada pukul 4.21 pagi ketika menjadi Timbalan Menteri Kewangan. Tetapi, perkara ini boleh diatur dengan lebih baik seperti mengehadkan masa untuk berbahas dan menjawab bagi setiap anggota Parlimen," katanya.
Anggota Parlimen Alor Setar Chan Ming Kai pula menganggap pengumuman itu sebagai satu reformasi Parlimen ke arah menjaga kelestarian institusi yang mulia ini agar terus efisien.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Datuk Mohamad Ariff Md Yusof
#Dewan Rakyat
#persidangan
#Salahuddin Ayub
#Speaker Dewan Rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan