awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
'Saya pasti Azizulhasi Awang wakili Malaysia ke Piala Dunia' - Beasley
SPRM bangun sistem pencegahan kebocoran maklumat perolehan kerajaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Persidangan Haji Arab Saudi Ke-5 tamat dengan rekod sejuta kontrak jemaah

Bernama
Bernama
13/11/2025
14:31 MYT
Persidangan Haji Arab Saudi Ke-5 tamat dengan rekod sejuta kontrak jemaah
Tawfiq Al-Rabiah, menyifatkan pencapaian itu sebagai "bersejarah dan belum pernah berlaku", kerana diselesaikan enam bulan lebih awal daripada musim haji. - Bernama
KUALA LUMPUR: Persidangan dan Pameran Haji Arab Saudi yang berlangsung selama empat hari dari 9 hingga 12 Nov di "Jeddah Super Dome" dan disertai secara meluas oleh agensi kerajaan serta sektor swasta, memuktamadkan kontrak bagi lebih sejuta jemaah haji.
Persidangan dan Pameran Haji edisi kelima itu bertujuan memastikan musim haji yang lancar dan selamat, menyediakan pengalaman jemaah yang luar biasa serta mewujudkan rangka kerja operasi mampan selaras dengan matlamat Kerajaan Arab Saudi untuk meningkatkan mutu perkhidmatan serta memperbaiki pengalaman haji dan umrah secara keseluruhan.
Persidangan itu, yang dihadiri kira-kira 300 entiti kerajaan dan swasta, bersama lebih 160,000 pelawat dan delegasi dari lebih 150 negara, menyediakan platform untuk pertukaran kepakaran mengenai penganjuran haji dan perkhidmatan untuk jemaah dan pelawat.
Delegasi Malaysia diwakili oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar.
Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Tawfiq Al-Rabiah, menyifatkan pencapaian itu sebagai "bersejarah dan belum pernah berlaku", kerana diselesaikan enam bulan lebih awal daripada musim haji, mencerminkan usaha kerajaan untuk memastikan musim haji yang lancar dan teratur.
Al-Rabiah turut menekankan penyertaan meluas agensi kerajaan dalam pameran itu, sambil menyatakan bahawa lebih 160,000 pelawat hadir - peningkatan 33 peratus berbanding tahun lalu.
"Kementerian Haji dan Umrah telah menandatangani perjanjian dengan 77 negara bagi menguruskan pelaksanaan haji untuk warganegara masing-masing, manakala sektor swasta memeterai hampir tiga ribu kontrak dengan pengendali haji di seluruh dunia," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh persidangan itu pada Khamis.
Al-Rabiah menambah bahawa Forum Umrah dan Ziarah dijadual diadakan di Madinah pada Januari tahun depan bagi memperkukuh kepakaran serta memperluas kerjasama antarabangsa dalam perkhidmatan haji dan umrah.
Forum itu turut mempamerkan pelbagai perkhidmatan termasuk pengangkutan, penginapan, kesihatan dan bimbingan kepada jemaah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#persidangan
#Haji
#Arab Saudi
#kontrak jemaah
#pameran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan