awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pertahanan berusia 42 tahun, Rames muncul wira Kuching City atasi Selangor 2

Bernama
Bernama
24/08/2022
22:00 MYT
Pertahanan berusia 42 tahun, Rames muncul wira Kuching City atasi Selangor 2
Rames Lai (kanan) muncul wira skuad The Cats apabila sepakan hantaran silangnya terus memasuki gawang lawan pada minit ke-25. - Foto Facebook Kuching City FC
Pasukan Kuching City FC memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri untuk mengatasi Selangor 2 dengan kemenangan tipis 1-0 pada aksi Liga Premier di Stadium Negeri Sarawak di sini, malam ini.
Pemain pertahanan berusia 42 tahun, Rames Lai Ban Huat muncul wira skuad "The Cats" apabila sepakan hantaran silangnya terus memasuki gawang lawan pada minit ke-25.
Beraksi di hadapan lebih 100 penonton, jaringan awal itu membangkitkan semangat skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim untuk terus menggandakan asakan dan berjaya mencipta beberapa peluang keemasan pada babak pertama.
Namun, kesemua percubaan gagal diterjemahkan akibat ketumpulan jentera serangan.
Memasuki babak kedua, pasukan pelawat berusaha mendapatkan jaringan penyamaan namun gagal dan keputusan berakhir 1-0 dengan Kuching City meraih tiga mata penuh.
Keputusan malam tadi menyaksikan Kuching City, yang kekal di kedudukan keempat, berjaya merapatkan jurang bersama tiga pasukan teratas dengan 30 mata, manakala Selangor 2 kekal di tangga kelapan dengan 13 mata selepas 16 aksi.
Kelantan FC kekal di persada liga dengan 36 mata selepas 16 perlawanan, diikuti Johor Darul Ta'zim (JDT) II yang kurang satu aksi dengan 33 mata dan Terengganu FC II dengan 30 mata, mengatasi Kuching City berdasarkan kelebihan jaringan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kuching City FC
#Liga Premier
#Rames Lai Ban Huat
#Selangor 2
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan